Selasa, Julai 28, 2020

Apa pilihan hadiah untuk isteri dari suami.

Bukan suatu yang pelik jika sisuami menghadiahkan sesuatu buat isteri. Tapi adakala hadiah yang diberikan bukan pilihan si isteri, bila ini terjadi, selalunya hadiah itu akan tersimpan menjadi khazanah almari atau rak-rak dirumah.

Nasihat aku buat suami-suami diluar sana, jika nak hadiah sesuatu buat isteri,berilah apa yang akan si isteri pakai. Perempuan ada satu sifat yang aku sendiri tak pandai nak jelaskan (aku pun alami, sebab itu awal-awal kawin aku dah bagitahu hadiahkan aku dengan barang yang akan aku guna bukan sekadar suka). Perempuan tidak semestinya guna apa yang dia suka..contahnya, dia suka tengok baju itu, dia suka tengok orang pakai baju itu, dia rasa nak ada dan pakai baju itu tapi bila dah ada, dia tak pakai pun baju itu. Alasan, corak.baju tak sesuailah,badan dia tak nampak cantik lah kalau  pakai baju tu. Sudahnya rugi duit en.suami beli tapi tak guna.

Berikut adalah beberapa pilihan hadiah untuk isteri dari suami.

  • Emas dan perhiasan diri~beritahu aku berapa ramai yang tak suka emas dan perhiasan diri, hampir kesemua perempuan suka. Tapi suami kena perhatikan, adakah isteri sentiasa ada perhiasan itu di badan atau tidak terutama jika keluar rumah atau hadiri apa-apa majlis. Jika ada, anda boleh beli. Jika tiada, cari keperluan yang lain kerana isteri anda bukan jenis memakai.
  • Barang dapur~ini hakikat semua mak-mak suka. Perhatikan apa minat isteri ketika di dapur, maksudnya apa yang selalu dia guna dan menu masakan yang selalu dia buat. Maka tuan-tuan boleh adakan gadjet dapur yang tak ada seperti periuk noxxa, airfryer, air coway atau cookco tak pun mixer.
  • Tiket percutian - tak perlu yang mahal, dapat lari dari rutin harian sehari dua pun sudah cukup bermakna buat isteri. Jika selalu isteri masak dan tidur dirumah, apakata setahun sekali bawa dia berkhemah tepi sungai. Aku ada kenal seorang kakak ini, dia bukan kaki pancing dan ada anak dua. Laki dia pula adalah kaki pancing, oleh kerana bosan duduk dirumah, dia setuju ajakan suami untuk berkhemah tepi sungai bersama kawan pancing laki dia. Pasang khemah sendiri, bawa makanan untuk camping macam zaman-zaman sekolah...walaupun dia merungut banyak nyamuk, sejuk dan macam-macam...tapi di penghujung dia kata best sebab dapat keluar dari rutin harian dan merasai sedikit cabaran mrnyediakan menu makanan buat anak-anak. Maka sebebarnya bawa isteri balik kampung pun dah buat dia lari dari rutin harian yang sama.
  • Ilmu~ramai yang tak tahu bagaimana nak beri hadiah berbentuk ilmu kepada isteri. Kebanyakkan yang terbayang bila kata bagi hadiah ilmu, mereka bayangkan buku. Bagi yang tak ada anak kecil, sesuai lah nak beri buku pada aku. Tapi jika yang ada anak kecil, nak urus diri pun mereka tak tenang apa lagi nak duduk membaca dengan tenang. Apa kata hadiahkan mereka dengan kelas-kelas atas talian aja sekarang....sambil buat kerja rumah mereka boleh dengar kelas-kelas menambah pendapatan, menambah menu masakan di dapur dan ilmu parenting. Kelas-kelas ini seeloknya berbayar lah, baru lah isteri nampak suami berusaha membantu isteri upgrade diri walaupun duduk rumah.
  • Masa untuk minat si isteri~cakap sahaja dekat isteri..."hari ini awak lakukan apa yang awak nak diluar rumah, abang urus anak-anak dirumah." Atau pun join minat isteri, seperti jika isteri suka buat kerja amal rumah anak yatim atau orang tua, ikut sekali. Jangan suruh isteri lakukan apa yang dia minat itu dirumah kerana dia akan ketepikan minat dia sebaliknya akan selesaikan urusan rumah yang belum selesai.Kerja dekat rumah tidak akan pernah habis terutama jika masih ada anak kecil.

  • Tanya isteri apa yang diperlukan bagi memudahkan urusan kerja rumah. Kadang-kadang suami nampak isteri susah nak masak, maka dibeli pelbagai gadjet hakikat isteri bila tanya apa yabg mementkannya. dia menjawab merasa letih nak angkat jemur kain baju...setiap kali nak sidai baju kena pakai pakaian menutup aurat, cuaca pula tak menentu...maka sidai angkat sidai angkat..banyak masa habis untuk itu sahaja... Nah...hadiahkan pengering baju ye tuan-tuan. 
Apa yang penting untuk isteri bukan nilai Ringgit hadiah tersebut tapi keikhlasan suami dalam menghargai pengorbanan isteri.

1 ulasan:

  1. betul saya setuju..walaupun saya lom kahwin..tapi saya setuju dengan setiap apa di atas
    susah juga menjadi suami nak cari hadiah yang baik untuk isteri..untuk si isteri,nak cari hadiah apa pula untuk suami ya? hehehe

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik