Ahad, Julai 12, 2020

Minat berkongsi membuahkan hasil.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sedar atau tidak jika kita buat sesuatu yang kita minat, kita tak akan rasa ia susah, kita tak akan rasa ia membazir dan kita tak akan rasa ia membebankan. Bila kita buat sesuatu kerana minat, kita akan buat sepenuh hati, kita akan sampaikan kepada yang lain dengan keterujaan dan kita tidak akan merasa bosan untuk sampaikan kepada yang lain (sampai kita tak sedar yang orang lain pun bosan dengar cerita kita). Selalunya apabila kita buat sesuatu kerana minat, hasil kita akan dapat lebih memuaskan, kita akan gembira dan hilang tekanan. 

Kajian yang aku baca banyak mengatakan bahawa pekerjaan dirumah memberi tekanan yang lebih daripada pekerjaan pejabat. Aku tak setuju dengan kenyataan tersebut sebab pada pendapat aku, apa-apa pekerjaan tetap ada tekanan tersendiri. Manakala tekanan yang diterima dan mampu diterima oleh setiap insan adalah berbeza. Ada orang rasa kerja sebagai suri rumah senang, kerana dia memang minat pada kanak-kanak dan memasak. Manakala ada yang kata duduk rumah sebagai surirumah lebih memeningkan kepala mereka. Ini kerana mereka mungkin jenis yang outdoor person atau mempunyai minat yang lain selain menguruskan rumah tangga.

Macam aku sendiri, jujur cakap memasak bukan minat aku, aku juga tak suka kemas rumah, tapi aku terima semua tersebut dengan tidak meninggalkan minat. Aku suka bidang photography dan mengedit gambar, seterusnya aku suka kongsi hasil itu dengan kawan-kawan. Selain itu aku suka baca buku tentang pengembaraan dan berkongsi tentang tempat tersebut dengan mereka yang suka mengembara, kalau berpeluang aku pun nak mengembara ke tempat tersebut agar dapat dibandingkan dengan buku yang aku baca, sama ke tak. Memandangkan aku hanya seorang surirumah yang bekerja dari rumah, maka aku menggunakan blog sebagai tempat aku bercerita (walaupun aku tak pernah jumpa dengan kebanyakan pembaca blog, tapi aku amat berterima kasih kerana masih sudi membaca blog sendu aku ini). Suri Rumah, dunia dia hanya orang yang sama setiap hari, anak, suami dan jiran (kalau jiran surirumah juga kalau tak anak suami je lah). 

Baru-baru ini aku buat beberapa post berkongsi info tentang e-book 'Trade What You See'. Aku sertakan sekali link affiliate untuk e-book tersebut. Akaun affiliate bukan aku uruskan pun, aku hanya kongsikan apa yang aku faham dan link affiliate tersebut. Aku kongsi apa yang aku faham sebab aku suka cerita balik apa yang aku baca, tambahan awal pengenalan penulis bagitahu dia mengembara untuk sambung belajar di negara China. Bila dah kongsi hampir dua minggu dekat blog Mr.Y hantar screenshot bawah



Maka aku pun ucaplah tahniah sebab dapat extra income sebab tak sia-sia buat promosi e-book tersebut di instagram dan facebook. Dia balas, itu income daripada blog yamanaimy. Aku tanya macam mana boleh jadi income dari blog? Mr.Y balas dia tengok banyak track link dari blog yamanaimy. Terutama selepas aku post entry Bila kita ada niat, Allah akan tunjukkan jalan.... 

Alhamdulillah, ini lah yang dikatakan minat boleh membuahkan hasil yang tak disangka. Ramai sahaja sebenarnya yang membuat pendapatan dari minat. Bagi aku ini kali pertamalah minat bercerita membuah hasil, selalu minat mengedit dan photography yang membuahkan wang, sebab aku jadikan ia sebagai kerjaya dari rumah. Nak order design gambar, kad atau photobook boleh contact aku ye... Terima kasih. Itu sahaja perkongsian kali ini.

4 ulasan:

  1. wah tahniah kak..minat membuah kan hasil betul..
    sama mcm saya..saya suka buat origami...tak sangka ada org bermint dengn karya saya...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah, kadang-kadang Allah beri rezeki dari hal-hal yang kita tak sangka....

      Padam
  2. Wah ok pendapatan tu, secara sampingn dh boleh buat duit...😄

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik