Jumaat, November 02, 2018

Aku tak gila

Beberapa hari lepas ada yang betanya , "kau tak rasa nak ada apa yang orang ada ke?" Maka aku jawab, "aku tak rasa nak ada apa yang orang ada." Ditanya lagi, "Kau tak kisah ke tak ada apa yang semua orang ada?' Aku balas, "Tak kisah kot." Maka balasan yang diterima, "Selalu orang lain rasa nak ada apa yang orang lain ada.Tak nak rasa kurang."

Sejak itu aku terfikir tak normal ke aku, dalam kata lain gila ke aku. Sedang perasaan berperang antara normal atau tak aku, akal aku memberi jawapan bahawa setiap orang merasakan keperluan dan keinginan yang berbeza. Walau akal cuba mengukuhkan pendirian, syaitan tetap membisikan perasaan waswas dan curiga kepada keyakinan dan pendirian diri sendiri. Selepas solat maghrib aku meletakkan jawabpan kepada Kalam Allah yang maha besar. Muka surat pertama aku buka surah al-qalam Ayat 1-8. Masyallah.

Terjemahan surah Al-Qalam:

1. Nun. Demi pena[1] dan apa yang mereka tuliskan[2],
2. dengan karunia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila[3].
3. Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.
4. Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur[4].
5. [5]Maka kelak engkau akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat,
6. Siapa di antara kamu yang gila[6]?
7. Sungguh, Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah yang paling mengetahui siapa orang yang mendapat petunjuk[7]

Aku cerita hal tersebut kepada Mr.Y,  balasan Mr.Y

"Awak bukan seorang perempuan yang membuat keputusan berdasarkan perasaan, awak akan fikir dahulu sebelum membeli, membuat sesuatu atau memiliiki sesuatu. Selagi awak rasa tak penting dan bukan keperluan awak tak kisah. Selalu perempuan menggunakan perasaan dalam apa-apa tindakkan. Itu yang menjadikan awak berbeza bukannya tak normal"


Apa yang aku perhatikan adakala kita takut menjadi berbeza kerana apa takut dikencam, takut dianggap pelik dan takut dikata lain dari yang lain. Sebab itu ada yang sanggup berhutang hanya untuk dilihat sama seperti orang lain. 

Apabila orang ajak aku join beli tudung atau baju baru sebab bila beli banyak dapat murah, aku jawab, "Sekejab aku fikir, kalau aku beli, aku akan pakai ke? bila aku nak pakai? berbaloi ke kalau aku pakai (maksudnya adakah aku pakai sampai benda tu tak boleh nak dipakai lagi)?" Selalu mereka akan kata, "beli je, nak guna nanti senang barang dah ada, ke kau takut laki kau marah." Maka aku balas, " laki aku tak akan marah kalau aku pakai dan keperluan, tapi dia akan marah kalau membazir, beli pastu simpan dalam almari dan tak pakai-pakai sebab tak tahu bila nak pakai dan rasa susah nak pakai dengan ada anak kecik. bukan dia je marah, aku pun jadi marah dekat diri sendiri nanti" Selalu nya aku tak join lah tapi ada jugak yang aku join beli.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik