Selasa, Mac 12, 2019

Antivirus dan Internet security terbaik 2019

Setelah mengalami masalah laptop yang tak disangka..maka aku decide nak ambik internet security dan antivirus. Ok sebelum tu nak cerita apa jadi dengan masalah "Boot device not Found".

Sabtu lepas, abang ipar yang baik hati tolong bawak kan laptop ke bengkel. Hasil edisi siasat maka dapat disimpulkan bahawa hard disk terkena kejutan eletrik...atau kata orang putih..electric shock. Nasib baik tak rosak hard disk...kalau rosak mau melayan RM350.

Gambar ihsan en.google



Macam mana boleh kena shock hard disk? Menurut kata yang membaiki, ia berlaku apabila power eltrik tinggi masuk berdesup ke laptop tanpa ada tapisan bateri. Yes!!! kalau nak pakai kat rumah aku akan keluarkan bateri konon nak bagi bateri tahan lama.  Bila dah tahu macam ni, tak apa...batari rosak ok lagi banding hard disk or mother board jahanam. Maka kita dapat pengajaran disini. Buat sesuatu dengan ilmu. Kalau komputer riba buat cara komputer riba, jangan buat macam dekstop.

Selain itu yang membaiki agak baik hati tolong check apa ada kat dalam laptop ni. Dia kata macam2 ada kat dalam....kena format balik ni... kos format RM60. Tapi buat keputusan malas nak format...Rasanya kena install antivirus...untuk sementara kita install yang free dulu. Sambil-sambil itu kita survey apa yang best untuk internet security dan antivirus.

Pengalaman pakai antivirus free, aku rasa avast dan norton ok lah. Tapi aku paling suka guna internet security dari kaspersky. Agak-agak untuk 2019 apa yang best?


Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik