Selasa, Mac 19, 2019

E-Sim Durian Man kepada Elinking

Kisahnya macam ini, sabtu pagi aku kemengantukan sangat..syiok layan mata (malam tak tidur lena, uzayr batuk selsema) tetiba Mr.Y datang suruh bini dia bangun pakai tudung dan selfie... aku pun cakap lah, apa ke mengarut suruh selfie pagi2 dengan muka baru bangun tidur ni. Dia balas tak apa...bukan ada orang nak tengok, aku balas balik, abis tu kenapa nak kena selfie... tapi tangan dah pegang fon... lepas tengok skrin telefon baru aku tahu bukan selfie biasa-biasa dia nak...siap ada arahan dekat skrin,

  1. jangan dekatkan sangat muka dengan skrin
  2. pusing kiri kanan sikit
  3. tundukan sikit kepala
  4. buka mulut seluasnya

tiga ke empat kali jugak ambik baru skrin telefon kata ok...siap selfie muka bangun tidur aku tanya lah apa benda tu... maka jawab Mr.Y, dia apply E-sim untuk aku. Telefon dia tak dapat nak apply e-sim. 

Maka lepas tu panjang lebar dia cerita pasal e-sim...baru aku tahu yang hujung tahun lepas Mr.Y ada download app Durian Man dalam telefon aku tapi dia tak bagi aku buang. Maka ku biarkan tanpa tahu fungsi. Sekarang dia tukar nama kepada Elinking. Applikasi dah diperbaharui... 

logo elinking

Perkidmatan e-Sim Elinking ni guna service Tune Talk. Aku dapat unlimited call kepada semua nombor tune talk dan 1GB data plan, Basic internet pulak dia beri 10GB dengan kos RM10.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik