Sabtu, Mac 16, 2019

PUBG VS Tembakan rambang Christchurch

PUBG adalah game tembak menembak dalam telefon yang fames sekarang. Aku sendiri tak pernah main tapi pernah nampak lah sebab anak saudara main. Dah tua-tua ni aku macam dah kurang semangat nak main game. Sebenarnya memang aku kurang minat game tembak-tembak ini. Aku lebih suka kepada game racing.

Tembakan rambang Christchurch CHRISTCHURCH: Dua insiden tembakan berlaku di dua masjid di bandar raya ini pada Jumaat, mengakibatkan sejumlah besar mangsa terbunuh. Polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung skala insiden itu namun menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah. Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu. Sejurus itu, orang ramai dilihat bertemparan lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan. Bacaan lanjut di sini  sebab aku bukan nak cerita pasal tembakkan ini tapi pasal video tembakan yang tersebar.


Sejurus melihat video yang tersebar melalui whatsapp, aku terus nampak macam budak-budak main game tembak-tembah macam PUBG tu. Ada tak yang rasa macam aku rasa? Beza nya dalam game banyak menu lain kat tepi-tepi ini...hanya video tembakan semata.





Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik