Isnin, April 29, 2019

Sedekah: R&R Seremban

Bergambar sebelum balik KL
21 April 2019 (Ahad)

Kami behenti di R&R untuk lunch dan solat jamak zohor dan asar. Semasa nak ke surau adalah pak cik mualaf mintak sedekah. Tetiba kakak humaira tanya pasal balace beli makanan lunch tadi...ummu pelik, dia nak buat apa...bila tanya dia tunjuk dekat pakcik minta sedekah. Hana tengok kakak beri sedekah, maka dia pun nak beri. 

Sementara tunggu abi solat dan nenek ke tandas, ummu tanya anak-anak solehah kenapa mereka nak beri duit dekat pakcik tadi. Jawapan mereka, kesian pakcik tu, Allah suka kalau beri sedekah kan. Boleh pahala.

Ummu bangga anak-anak ada sifat suka memberi. Semenjak memasuki usia 7 tahun sifat suka memberi kakak Humaira makin ketara. Saat hari lahir sepupu-sepu, dia sibuk mengira duit tabung. Ummu tanya kenapa kira, dia kata nak beli hadiah buat sepupu-sepupu. Ummu ada sifat jahat dan menyakat sikit. Ummu kata kat dia, kenapa nak beri hadiah dekat mereka. Dorg bukan beri pun hadiah birthday kakak. Kakak jawab, "biarlah kakak nak bagi sebab kakak nak dorg gembira. Kakak tak dapat hadiah dari dorg tak apa lah, kakak nak bagi bukan dorg mintak. Mungkin dorg lupa or tak ada duit." Ummu pun izin kan...tapi dengan syarat hadiah jangan melebihi rm10 sebab wang kakak simpan untuk kegunaan lain jugak. 

Nampaknya ummu kena standby duit dlm beg utk kecemasan kakak memberi.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik