Sabtu, Mei 18, 2019

Juadah Berbuka RM1 -Bazar Ramadan Tanpa tunai (Kashless Ramadan Bazar)

Assalamualaikum dan salam sahur, semalan Mr.Y bawak balik nasi lemak wanjo. Nasi lemak wanjo selalu harga RM3 dan ke atas. Tapi Mr.Y kata dia beli dengan harga RM1. Biar betul....


cuba tengok harga dia...nasi lemak biasa pun dan rm3.50. Macam mana boleh Mr.Y kata dia beli dengan harga RM1. Maka Mr.Y kata dia bayar guna Touch 'n Go eWallet, scan kod je. Aku cakap lah kat Mr.Y kenapa beli satu je kalau dah RM1 sebungkus, kan ada 2 telefon...Mr.Y balas, guna no ic lah nak join ewallet. Hahahha...maka malam tadi Mr.Y pun buat Touch 'n Go eWallet untuk aku juga dengan matlamat nak beli menu berbuka bernilai RM1.

Jom tengok apa best dari Touch 'n Go eWallet sempena bulan ramadan kali ini...


Itu dia, Touch 'n Go jadi penganjur program Ramadan Sempoi dengan tumpuan utama adalah Bazar Ramadan Tanpa Tunai di Kg. Baru tahun ni. Maka bulan puasa ni, kampung bharu dikenali juga sebagai KG.Kashless. Banyak aktiviti menarik sepanjang program ni. Banyak jugak pulangan untuk pengguna. Layari web Ramadan Sempoi untuk tahu lebih lanjut.

Promo ini yang Mr.Y guna untuk beli nasi lemak semalam...






Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik