Jumaat, Jun 21, 2019

Beraya bersama kopi itali Arissto



Sekarang telah melepasi 15 syawal. Syawal tahun ini amat berlainan buat tetamu yang datang. Selalu tetamu datang kami akan hidangkan teh atau air kordial, tahun ini kami beri pilihan tambahan buat tetamu dengan meletakkan mesin kopi Arissto di ruang tamu berdekatan meja makan.

Kotak Kapsul Kopi Arissto ini sangat cantik dan bergaya....maka Mr.Y jadikan ia sebagai hiasan...Yang bersusun sebelah kiri gambar adalah kotak kapsul yang telah habis.

Tahun ini kami beraya di Terengganu, oleh kerana mesin kopi Arissto ini sangat ringan dan kecil, maka kami bawak balik beraya sekali. Kawan-kawan dan saudara mara pun ada yang mencuba waktu ini. 

Ini abang saudara datang beraya. Sekali rasa terus terpikat. Dekat rumah dah ada 3 mesin kopi. Ini nama nya encinta kopi tegar. Yang abang tu pegang adalah kotak kapsul kopi. Dalam satu kotak ada 10 kapsul. Manakala kotak kecik warna merah adalah free gift dari kami. Dalamnya ada 4kapsul kopi.


Siapa nak merasa kopi Arissto, mai datang rumah kami.....

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik