Jumaat, Jun 14, 2019

Buku nota ayah...

 Assalamualaikum, kali ini kita nak share buku nota menjahit yang ayah kita guna semenjak 1969.

Al-kisah raya kali ini sempatlah kita siapkan 2 helai kain batik buat adik dan anak buah. Bukan jahit sorang ye, jahit dengan bantuan adinda. Sambil jahit kami adik beradik lepak lah dalam bilik menjahit itu sambil borak. Tetiba keluar isu pasal mana pergi buku nota arwah cik...Apa lagi, masing-masing sibuk mencari sehinggalah sampi sudah tak jumpa..

Sebelum berangkat balik ke KL my adik begitu baik hati pergi tanya dekat my ayah pasal buku nota jahit cik. Ayah pun terus keluarkan khazanah berharga dari peti besi, ye buku nota ayah dari tahun 1969. Buku masih cantik dan kemas. My ayah kata, ambik buku ni fotostat dan study, insyalah lepas study dapat jahit macam-macam fesyen baju. Me is like..."kenapa tak bagi terus je buku tu dekat saya?' My ayah bala, " buku ni tak boleh bagi terus dekat awak pasal tak ada jual dah dikedai dan berharga sangat buku ini pada ayah."

Menurut ayah, ini adalah buku nota dia guna sewaktu awal-awal belajar menjahit dengan cikgu dari London. Buku ini juga dikenali dengan nama "London Cutting".

Balik kali ini juga, kita bawak balik 2 helai kain untuk buat kemeja batik Mr.Y. Gambar kat bawah ayah terangkan bagaimana nak mengambil ukuran kemeja batik lelaki kepada adik. Adik kita sekarang dah follow ayah 100%, kadang-kadang berlaku perselisihan faham jugak antara aku dan dia bila bercakap pasal jahitan. Ye lah guru kami berbeza, dia berguru dengan ayah, manakala aku berguru dengan arwah cik. Apapun asas jahitan dan menggosok adalah sama.



Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik