Isnin, Julai 08, 2019

"Duduk rumah je kan? Boleh lah beranak lagi."

Assalamualaikum, rasanya tahun ini paling kerap dapat soalan dan kenyataan ini. Kenyataan dan soalan ini dah lama aku dengar sejak dari dulu lagi tapi bukan kena dekat diri sendiri. Kali ini rasa macam terpanggil pulak nak meluahkan apa yang terbuku dalam otak ini.

Apakah jika seorang isteri menjadi surirumah sepenuh masa, dia boleh lahirkan anak seberapa ramai yang mampu. Fahamkah masyarakat bahawa dalam usaha menambah anak kita perlu memikirkan soal-soal lain. Antaranya:
  • Kemampuan fizikal seorang ibu, bagaimana keadaan ibu tersebut setiap kali mengandung. Adakah saat mengandung dia masih mampu berfungsi sebagi ibu dan isteri 100%. Sedar atau tidak bahawa ada wanita mengandung langsung tak boleh bangun untuk buat kerja. Adakah sejarah perubatan atau mengandung sebelum ini berjaya atau mengalami plasenta previa type 4.
  • Kemampuan ekonomi si bapa atau si suami. Apabila bertambah bilangan anak maka perbelanjaan pun bertambah. 
  • Kemampuan memenuhi emosi anak-anak, jika ibu mengandung dan ayah makin sibuk mencari rezeki, bagaimana emosi anak-anak yang masih kecil yang masih memerlukan kasih sayang. Tertunaikah kita sebagai ibubapa? Sesetengah wanita mengandung, emosinya macam ribut taufan bin angin bayu. Sekejab nak marah, sekejab sedih, sekejab ok...anda rasa anak kecil yang belum sekolah faham dan mampu ke manangung tempias emosi emak dia. 
  • Kemampuan mendidik akhlak dan akidah anak-anak. Usia anak 2-7 tahun amat penting untuk kita terapkan akidah dan akhlak anak-anak. Waktu ini kalau anak salah kita betulkan. Adakah seorang isteri sepenuh masa yang mengandung ditambah dengan alahan teruk mampu mendidik akhlak dan akidah anak.
Rasa cukup 4 point dulu...sebenarnya banyak hal yang perlu dititik beratkan dalam usaha menambah bilangan anak. Maka pada aku kalau nak tambah anak tengok kemampuan kita. Ada benda yang boleh kita rancang manakala ada yang diluar kawalan kita. Pada aku bab tambah anak adalah benda yang kita boleh pilih untuk rancang atau untuk biarkan ia begitu sahaja, kalau biar begitu sahaja faham-faham lah...kemalangan boleh berlaku bila-bila masa...

itu saja perkongsian hari ini..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik