Sabtu, Julai 27, 2019

Restok Mesin Kopi Arissto dan AEON Danau

Sabtu minggu lepas kami semua ikut abi pergi restok mesin kopi Arissto dekat stokis. Selesai ambil mesin, maka kami pun bawa lah anak-anak ke jalan-jalan ke mana-mana mall. Asal nya ingat nak ke AEON Big Wangsa Maju. Tetapi bila semak dekat Waze ada AEON lebih dekat dengan stokis, iaitu AEON Danau. Maka ke AEON Danau lah kami.

Sampai je, agak terkejut rupanya AEON Danau ni seperti baru dibuka. Kawasan parking luas. Masuk ke dalam, sama macam masuk mana-mana AEON yang berbeza waktu nak bayar. AEON Danau ada kaunter Self Checkout. Maksud kaunter ini adalah kita scan sendiri barang dan pembayaran menggunakan kad debit atau kad AEON e-wallet. Kira ini adalah kali pertama Mr.Y scan barang dan buat pembayaran sendiri. Anak-anak pun sama teruja nak scan barang sampai tersalah scan 2 kali. Mujur jugak ada staf yang berjaga dekat situ. Ada 4 kaunter self checkout yang disediakan. Kira AEON telah mengurangkan penggunaan tenaga kerja manusia apabila empat kaunter satu pekerja. Dari pihak pelanggan pulak, kami dapat rasa kelajuan kaunter ini berbanding dengan bayar di kaunter yang dijaga oleh staf dia.

Selesai semua, kami pun lepak dekat ruang makan dia. Aku tertarik dengan tawaran teh tarik RM1. Setiap anak boleh pilih satu menu makanan. Menjadi kebiasaan untuk kami kemas meja selepas makan tak kisah kedai ke gerai yang mana kami makan. Apabila mak bapak tunjuk contoh yang baik, anak-anak akan ikut.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik