Isnin, Ogos 05, 2019

Blogger Challenge: Day9~ How you stay positif

Bagaimana untuk kekal positif? Sebenarnya bukan semua orang dapat mengawal pemikiran positif. Banyak keadaan manusia gagal mengawal pemikiran positif sama ada kepada situasi atau kepada individu. Dalam kata lain, gagal berfikiran positif adalah bersangka buruk. Apabila kita gagagl untuk berfikiran positif kepada sesuatu situasi, maka kita cenderung menyalahkan takdir. Manakala kalau kita gagal berfikiran positif kepada individu maka kita akan menyalahkan insan lain.

Kita melihat keadaan seorang ibu atau bapa yang sering membawa anak ke hospital bagi mendapatkan rawatan anak, kita akan kata "kenapa lah takdir dia dapat anak macam tu, anak asyik sakit je." Tahu tak sebab anak sakitlah, si suami lebih menghargai isteri, sebab anak sakit, rezeki yang tak berkat dapat dikeluarkan, sebab anak sakit ibu bapa lebih peka kepada perkembangan anak, sebab anak sakit ibubapa kembali memohon kepada Allah dan kerana seorang anak sakit, anak-anak lain memahami dan lebih mengerti pengorbanan mak bapak mereka.

Jika kita melihat seorang anak yang berkelakuan tidak senonoh atau nakal, masyarakat cenderung mengatakan "Ini mesti mak bapak dia tak ajar." Tahu ke kita yang tiap-tiap malam mak bapak dia buat tahajud memohon agar anak mendapat hidayat. Tahu ke kita bahawa dari kecil anak tersebut didik dengan asas akidah dan iman yang kukuh, tahu ke kita bahawa sudah puas mak bapak menasihati, tahukah kita pelbagai cara telah dilakukan bagi mengubah sikap anak tersebut. Tetapi mungkin Allah nak menguji kesabaran, ahli keluarga tersebut. Allah dah bagitahu, iman seseorang meningkat apabila diuji. Allah uji sebab allah nak kita ingat dia.

Bagaimana aku kekal positif?
Kembali kepada cabaran hari ini, bagaimana aku kekal positif. Aku macam orang lain, ada pasang surut pemikiranya. Pertama, jangan cepat mengelabah bila ditimpa sesuatu. Kedua, banyakkan pembacaan yang positif. Ketiga, bergaul dengan insan yang mempunyai aura positif. Keempat, pandang sesuatu dari sudut yang memberi kebaikan. Kelima, jika ada dengar orang yang bercakap dengan kita mula bau-bau negatif, cepat-cepat selesaikan perbualan. 

Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak bagitahu untuk kekal positif sebab secara amnya, aku banyak ikut pandangan dari ibubapa aku. Ibubapa aku payah sangat nak lihat sesuatu dalam bentuk negatif. Aku tak pernah dengar dia kutuk orang dan keadaan seseorang. Apa yang aku selalu dengar adalah, ujian untuk dia, Allah sayang dia, Insyaalah itu saham akhirat dia, Allah nak usaha lebih lagi tu dan lain-lain.

Apa yang aku faham di sini adalah, kita sebagai ibubapa yang akan bentuk pemikiran positif dalam diri anak-anak. Maka sebaiknya aku cuba untuk tidak mengata orang lain dan tidak memandang sesuatu dalam keadaan negatif. Doakan aku berjaya membentuk pemikiran seperti itu dalam jiwa anak-anak.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik