Jumaat, Ogos 09, 2019

Hinayet Samarli Tv3

Assalamualaikum. Kira-kira beberapa bulan kebelakang ini aku dalam kategori mengikuti perkembangan kisah turki ini. Sebenarnya setelah sekian lama aku tak terpengaruh emosi meononton drama, drama ini yang mampu buat air mata bergenang terutama apabila melibatkan hubunbgan kekeluargaan.



Kisah yang penuh dengan cabaran hidup. Apa yang best cerita ini adalah dia tak banyak bercakap pasal percintaan dan kekuatan ikatan kekeluargaan. Cerita ini juga mengambarkan kehidupan masyarakat turki dalam penghayatan agama islam. Ada yang akidah amat kukuh, manakala ada yang sanggup ketepikan amalan islam hanya untuk dunia. Aku bayangkan si klic daghan itu, seperti kamal atartur apabila dia melarang isteri serta anak solat dalam rumah. Tak ada ibadah yang boleh dilakukan dalam rumah dia. Apa Kah!!!

selalu aku akan cari online tapi cerita ini payah giler nak cari online yang ada subtitle english. Maka dengan sabar aku menanti setiap petang isnin hingga khamis jam 4 petang untuk tengok.

Beyaz masa kecil comel, dah besar pun comel ditambah dengan perangai gila-gila dia. Walaupun macam tu hubungan abang adik antara ferhat dan ayas macam tak kena time bergurau. macam janggal tak seperti bila dorg kacau beyaz.

Ok, itu sahaja pendapat aku pasal cerita turki ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik