Sabtu, Ogos 31, 2019

Usaha itu penting


Antara minat dan kegemaran Mr.Y selain menikmati kopi ada mencuba pelbagai menu kopi. Sekarang dia asyik cakap nak cuba minum kopi dengan telur mentah. Macam mana rasa aku pun tak tahu, yang aku pasti ia akan berbau hanyir telur. Agaknya kalau aku buat dan letak asen vanilla ok tak? Hilan tak baunya. Gambar atas Mr.Y post dekat FB dan siap tag nama aku. Payah sebenatnya nak dia tag nama bini dalam apa-apa post dia dekat media sosial. Bila dah tag faham-faham sendiri lah. Tengok coffee art ni macam advance sangat. Tak terjangkau oleh kemahiran aku ada buat masa ini. Maka aku banyangkan bentuk yang lebih mudah dan ringkas. Tapi hasil yang aku hidangkan...korang nilai sendiri lah.

Redho je lah ye Mr.Y...walaupun rupa jauh lari dari apa yang dibayangkan tapi rasa tetap terbaik sebab guna kapsul kopi Arissto.


2 ulasan:

  1. Asyik kalau berehat sambil ngopi

    BalasPadam
  2. Bestnya.. takpe.. mula-mula, memang kurang jadi.. InsyaAllah nanti mesti jd punya..

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik