Jumaat, Ogos 30, 2019

Uzayr & Watercolour


Bulan ini uzayr masuk usia 1tahun 6bulan. Maka rasanya tak terlalu awal untuk perkenalkan permainan warna air dekat dia. Seperti mana Uwais diperkenalkan seawal usia satu tahun 6 bulan juga. Hasil yang aku perhatikan adalah, setiap kali bermain warna air, kawasan permainan uwais bersih dan tak comot. Awal-awal diperkenalkan, jangan ditinggalkan sendirian.

Kali ini kita guna cotton buds untuk mewarna...Uzayr lebih berminat memasukan Cotton bud kedalam tiub-tiub warna berbanding mewarna pada sketchbook. Uwais pula warna lembu warna hijau. Apabila ditanya kenapa dia kata ini lembu magic, ada power macam Boboiboy daun.

Banyak web dan buku keibubapaan mengajar teknik bagaimana nak melibatkan anak-anak dalam aktiviti menggunakan permainan warna air. Sebagai ibubapa, jangan sekadar membeli barang untuk aktiviti tetapi membiarkan mereka sendirian meneroka. Seperti mana kita memerlukan guru dan panduan, begitu juga anak-anak.

Sewaktu mak tanya aku nak buat apa dengan watercalour, aku jawab nak bagi Uzayr dan Uwais main, terus aku ditegur dengan kata, "Eh tak usah lah bagi, nanti dia masuk mulut dia conteng merata, habis rumah comot." Aku balas, "tak apa orang ada sama main, orang nak latih dia main watercolour dengan betul dan kemas lepas main, insyaallah tak masuk mulut dan tak kotor rumah." Mak balas, "Uzayr tu kecik lagi nak bagi main warna." Aku terangkan, "Uwais dulu besar uzayr lah orang start latih main warna, mak nampak kan dia main tak bersepah satu rumah dan lepas main dia basuh bekas warna sendiri. Orang harap Uzayr pun macam tu lah nanti, sebab itu orang nak latih dan main dulu dengan dia." Sebenarnya mak tak kisah bagi Uwais main, dah acap kali aku beri Uwais main tanpa pengawasan sejak dia berusia 2 tahun lebih.

Itu saja perkongsian pada petang ini. Moga yang baik memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik