Jumaat, November 29, 2019

CUKAI INDIVIDU-dokumen wwjib simpan

10 dokumen wajib simpan, 10 dokumen sokongan dan Cara Menyimpan Rekod
---------------------------------------
(Jom kita semak)

Ramai yang tidak tahu cara selamat dan dokumen apa yang perlu disimpan. Saya kongsikan dokumen yang perlu disimpan dan memudahkan pihak LHDN untuk buat semakan.


Tanggungjawab simpan dokumen adalah atas pembayar cukai. Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal bersama Borang Cukai Pendapatan anda, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

➡️1. Borang EA/EC & CP58
πŸ“Œ Dapatkan dari majikan anda sebelum Mac
πŸ“Œ Borang tentang jumlah pendapatan yang telah diberikan kepada pekerja
πŸ“Œ CP58, dokumen yang disediakan untuk agen yang terlibat dalam aktiviti menerima komisen  (unit trust, REN, takaful)

➡️2. Baucar dividen,
πŸ“Œ Terima dividen dari saham yang dilaburkan

➡️3. Resit premium insurans,
πŸ“Œ Selain resit, digalakkan simpan penyata insurans
πŸ“Œ Mohon pada agen atau muat masuk dari sistem

➡️4. Resit pembelian buku,
πŸ“Œ Dokumen yang sering diambil ringan,
πŸ“Œ Lepas ni, dapat resit, buat Salinan dan simpan
πŸ“Œ Semua buku kecuali buku yang terlarang
πŸ“Œ Buku yang telah dituntut di syarikat atau individu lain, tidak dibenarkan dituntut atas diri sendiri.

Baca Juga:Memo 20 Mac 2016

➡️5. Resit perubatan,
πŸ“Œ Segala resit berkaitan sakit kritikal (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
πŸ“Œ Resit pemeriksaan perubatan penuh (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
πŸ“Œ Resit perbelanjaan perubatan kepada kedua ibu bapa (disahkan sakit oleh pengamal perubatan)

➡️6. Resit derma,
πŸ“Œ Resit bayaran derma ke institusi, tabung dan organisasi yang dibenarkan oleh LHDN
πŸ“Œ Nak mudah, resit atau surat tuntut derma mesti ada tertera mendapat pelepasan cukai (tengok kesahihan juga)

➡️7. Resit pembayaran zakat,
πŸ“Œ Zakat yang dibayar ke institusi yang dibenarkan sahaja seperti Lembaga Zakat Selangor
πŸ“Œ Zakat fitrah untuk bulan Ramadhan juga lepas

➡️8. Sijil kelahiran anak dan sijil anak angkat.

➡️9. Sijil nikah,

➡️10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
1. Penyata Skim Persaraan Swasta
2. Surat tawaran belajar di univirsiti, kolej atau institusi pendidikan yang dibenarkan (untuk diri dan anak)
3. Surat atau dokumen bukti individu kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
4. Penyata SSPN
5. Resit bayaran yuran Pusat asuhan atau pra sekolah yang dibenarkan
6. Resit pembelian peralatan penyusuan
7. Resit belian alatan sukan dan bayaran keahlian gim (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
8. Penyata atau resit bayaran langganan internet
9. Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
10. Salinan IC ayah dan ibu anda, untuk tuntutan pelepasan RM1500


➡️11. Yang ini paling penting untuk anda simpan ialah pengiraan cukai yang anda istihar.

Tempoh tujuh tahun bermula dari akhir tahun borang cukai pendapatan

- Borang cukai anda dalam tempoh 7 tahun (senang simpan semua)

Simpan semua dokumen dalam satu beg yang terdapat banyak folder dan letak tahun di depan beg tersebut. Ataupun, sekiranya dokumen yang ada tidak banyak , boleh saja beli fail folder. Janji semua dokumen tersimpan

#amaccgroup
#CUKAIINDIVIDU

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik