Selasa, Disember 31, 2019

Last day 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat menjalani hari terakhir 2019. Adakah semu hajat dan azam 2019 anda tercapai? Pada aku...ada senarai azam dan hajat 2019 ke????? Biarlah rahsia. 

Maka apa perancangan hari terakhir 2019? Sebenarnya rancang dengan MR.Y nak bawa mak jalan-jalan taman tasik titiwangsa. Mak kata dia teringin nak tengok sebab orang kata cantik. Masalahnya sampai leni dah jam 8 lebih..hanya aku dengan uwais je yang bangun ni. Rancang nya juga nak bawa anakk-anak naik bas pusing-pusing bandar Kuala Lumpur naik KL hop on hop off. Hurm....macam mana ye...

Kita tengok lah nanti ye..walaupun hati sedikit geram ni....ambik yang positif banyak barang sekolah anak-anak belum setel. Aku setelkan yang ni dulu lah.

Selamat manyambut 2020 semua!!!


Ahad, Disember 29, 2019

Dah buat analisis kewangan keluarga ke?

Assalamualaikum, beberapa tahun lepas aku ada cerita pasal analisis bajet famili. Dalam posting tersebut aku jelaskan kenapa perlu ada perbincangan tentang bajet keluarga antara suami isteri dan anak-anak. Seterusnya, apa matlamat kewangan yang hendak dicapai.

Baca juga:

Baucer Diskaun Hari-Hari


Sekarang dah hujung tahun, Mr.Y suruh aku review perbelanjaan setahun...


Apa yang dapat aku simpulkan bahawa perbelanjaan besar berlaku pada bulan jun dan December. Jun adalah untuk sambutan Aidilfitri manakala disember adalah waktu persediaan barang serta yuran persekolahan anak-anak.  

Baca juga:

Petua murah rezeki dari seorang ayah.


Kedua-dua perkara ini, raya aidilfitri dan persekolahan kita adalah dua hal yang boleh kita rancang dan buat bajet. Aggaran berapa yang diperlukan untuk keperluan raya seperti kuih, baju, pengangkutan, tol, makan-makan dalam perjalanan. Begitu juga dengan persekolahan. 

Review perbelanjaan tahunan ini penting untuk kita rancang perbelanjaan tahun seterusnya. Macam laporan kewangan dan bajet yang perlu dibuat dan diikuti sebaik mungkin. 

Rasanya itu saja perkongsian kali ini...sakit akibat cabut gigi belum hilang sepenuhnya ni. 

Rabu, Disember 25, 2019

ASB 2019 - 5.5sen perunit


Assalamualaikum dan salam semua. Rasanya dah hampir seminggu selepas diveden dan bonus ASB diumumkan. Macam-macam isu keluar. Ada yang kata tak berbaloi buat pinjaman ASB tapi pendapatan yang di perolehi tak dapat nak cover bayaran setahun.

Baca juga:

Urus Wang


Pada pendapat aku lah, tak salah kalau buat Pinjaman ASB terutama kalau kita ni jenis payah nak buat simpanan. Force saving pun selalu kita mengelak. Maka ASB loan adalah salah satu langkah yang baik. Tapi kalau mereka yang jenis boleh buat simpanan sendiri, lebih berbaloi buat simpanan sendiri andai itulah pendapatan ASB. Trend menurun pendapatan ASB untuk beberapa tahun ke belakang ini amat tak mengembirakan peminjam-pemijam ASB.

Baca juga:

Analisa Bajet Famili


Aku sendiri tak pernah buat ASB loan pun. Tapi aku pun bukan jenis yang akan buat force saving. Yang menyelamatkan aku dari menghabiskan duit adalah, sikap dan dan minat aku bukan kepada berbelanja. Apa yang aku nak cakap dekat sini, berapa nilai pemdapatan ASB penting tapi lebih penting kita belajar ilmu urus kewangan.

Apa pun syukur dari tak dapat lansungkan...

Isnin, Disember 23, 2019

Taman Tasik Titiwangsa selepas setahun ditutup

Assalamualaikum dan selamat pagi, sabtu lepas kami mencuri sedikit masa dalam kesibukan untuk melawat Taman Tasik titiwangsa. Sebelum cerita panjang kita tengok video dari Astro Awani dahulu pasal Taman yang kembali beroperasi ini.


Dah tengok apa yang menarik. Dekat sini aku share beberapa keping gambar yang sempat di snap dan diedit sepanjang ada di sana.

Baca Juga:

Family Friendly Cinema






Baca Juga:

Income kencang dari Arissto



Pada pendapat aku, Taman Tasik Titiwangsa yang baru ini lebih selesa dan lebih menarik. Harapl ini dapat pergi dan joging.

Budget Planner vs Aplikasi Money tracker


Assalamualaikum hari ini kita share pasal budget planer yang dapat sekali dengan planner syahab 2020 beli dekat shopee.

Baca Juga: 

Teringin nak buku " Orang Terengganu - Asal usul, arus hidup dan arah tuju'


Kenapa suka sangat dengan budget planner ni? Sebab memang laki aku jenis rekod semua perbelanjaan dalam aplikasi money tracker dekat telefon. Bukan perbelanjaan dia sahaja, termasuk perbelanjaan aku. Walaupun dia pergi kursus, apa aku belanja kena laporkan, kerana apa? Kerana tidak mahu belanja yang sia-sia dan dan tirisan wang dimana-mana.

Sekarang kakak hana dan kakak humaira dah pandai baca. Rasanya dah sampai masa kena buat rancangan perbelanjaan  dalam buku. Supaya senang mereka nampak kemana perbelanjaan keluarga. Kita bukan hidup dizaman di mana anak-anak diajar untuk belajar sekolah sahaja dan kewangan biar mak ayah sahaja risau. Kita hidup dizaman anak-anak perlu dididik dengan ilmu kewangan.

Baca Juga:

Buku nota ayah...


Pada aku buku ini amat detail sehingga disediakan satu bahagian belakang yang menunjukan Extra Expense setiap bulan. Manakala setiap bula kita boleh tentukan target berapa simpanan yang kita nak bagi tujuan tertentu. Pada aku target simpanan setiap bulan ini tak termasuk simpanan kecemasan.


Itu sahaja perkongsian aku kali ini. Harap kita semua dapat melakukan perancangan kewangan yang lebih baik dari sebelum ini. Ingat merancang kewangan bukan kedekut atau berkira tetapi kita hendak kehidupan yang lebih teratur dan terjamin.

Rabu, Disember 18, 2019

Keychain & kerongsang oleh anak-anak


Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu pertama cuti sekolah hari itu kami buat projek kraf menggunakan kain felt. Kakak humaira macam biasa akan memilih barangan lain dari yang lain, dia nak buat kerongsang manakala Hana dan Sumayyah pulah nak buat Keychain. Nama pun semua budak perempuan, bentuk yang dipilih adalah love. kakak hana dan kakak Humaira telah berikan keychain dan kerongsang kepada Ummu Nor dan Cucah sempena birthday mereka.


Sebenarnya pek permulaan Kraftangan Felt ini adalah pemberian Mak Long Zu (Umi Sumayyah). Masa mula-mula dapat, gembira dan teruja lah sangat anak-anak ini. Tapi bila dah nak mula buat maka bermulalah
ummu macam mana nak buat bentuk?
ummu macam mana nak potong?
Acu macam mana nak Jahit?
Acu pilih warna ini.
Ummu nak butang ini.
Pek permulaan ini sesuai sangat untuk mereka yang berusia 6 tahun ke atas. Tetapi untuk permulaan, perlu ada orang lebih tua dan lebih pandai untuk ajar mereka guna dan buat. Walaupun 85% kerja menjahit aku buat tapi mereka dapat sedikit teknik menjahit pun dah kira ok sangat.


Selesai buat keycahin bentuk hati, aku ajak mereka buat keychain nama. hasil pertama buat nama Mr.Y, amat tak kemas dan tak puas hati. Maka aku buat nama kakak-kakak aku pulak menggunakan teknik lain. Hasil semua puas hati dan kata cantik.




Fun Day @ The ParentHood Playland, Sunway Putra Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Pernah dengar pasal The Parenthood tak? The Parenthood adalah Indoor Family Part yang terbesar dekat malaysia. Setakat ini The Parenthood ada di tiga lokasi iaitu Sunway Pyramid, My Town dan Sunway Putra Mall.

The Parenthood, Sunway Putra Mall

11/12/2019 adalah hari cuti bagi neger Selangor, oleh kerana Mr.Y tak ada sebab kerja luar maka aku minta kebenaran untuk bawa anak-anak jumpa Cucah. Bukan senang nak minta izin dari Mr.Y untuk bawa semua anak keluar sendirian. Alhamdulillah Mr.Y izinkan. Rancangan asal kami nak menonton wayang tetapi bila di fikir balik tak berbaloi kalau jumpa sekadar tengok wayang. Maka rancangan tukar nak makan-makan dan lepak-lepak. Aku memang teruja nak jumpa dan lepak-lepak ini sebab rasanya dah lama benar aku tak jejak kaki ke Sunway Putra Mall. Sunway putra Mall dulu dikenali sebagai The Mall. Selalu masa belajar dulu, kalau nak naik bas balik kampung malam, petang lagi aku dah menapak dekat situ. Ye lah The Mall ini lintas jalan je nak pergi Hentian Putra masa itu. Kira banyak kenangan lah kat situ.

Baca Juga:

Welcome to Zoo Johor


Tapi tetiba Mak long budak-budak ini kata nak ikut juga, sebab Iyad dah bising nak jumpa Kakak Hana dan Uwais. Maka keluar lah idea nak bawak mereka semua masuk The ParentHood Playland. Bila dah macam itu, kita  survey lah harga tiket The ParentHood. Hasil carian dan perbandingan harga antara beli atas talian atau di kaunter...kami memilih beli atas talian untuk anak-anak yang lebih 2 tahun kerana harga lebih murah.
Kaunter The ParentHood Playland-RM39 (2 tahun ke atas) & RM19.50 (2 Tahun kebawah)
Traveloka-RM35.88 (1 tahun ke atas)
Fave-RM35 (1 Tahun ke atas)
Manakala untuk Uzayr yang belum jejak usia 2 tahun aku beli di kaunter. Rugi banyak kalau beli dekat atas talian. Tiket ini adalah untuk satu hari punya main dan percuma untuk 1 orang dewasa (wajib masuk), manakala untuk tambahan dewasa dikenakan bayaran RM5. Selain itu wajib juga pakai stokin, maka bawa siap-siap dari rumah. Kalau beli kat sana kena bayar RM7 sepasang.

Baca Juga:

Masa & kewangan adalah dua hal penting yang perlu diambil kira dalam memenuhi undangan perkahwinan.


Sebelum masuk kami adalah beli sedikit roti dan air sebab anak-anak belum sarapan. Oleh kerana dekat dalam playland disediakan ruang untuk makan, kononya nak makanlah dahulu. Tapi bila nampak mainan, anak-anak semua jadi kenyang. Kami bagi budak-budak main dalam sejam sebelum keluar untuk pergi makan tengahhari. Masa makan tengah hari ummu nor ada join sekali. Pejabat dekat boleh datang join.Selesai makan, kami pun masuk balik dalam Playland. Di bawah aku share video anak-anak main hari itu.





Isnin, Disember 16, 2019

Kini lebih mudah untuk ke Lapangan Terbang Subang.

Assalamualaikum. Sepanjang hidup aku, hanya sekali aku pernah naik kapal terbang dari lapangan terbang subang. Selalu aku akan naik dari KLIA2 dan kadang-kadang KLIA1. Sebelum ini aku rasa kalua kena naik kapal terbang dari Lapangan Terbang Subang suatu kesukaran kerana tiada pengankutan awam, kalua ada pun mahal dan keadaan trafik yang tak menentu.


Minggu lepas Mr.Y kena pergi kerja ke Langkawi dan tiket kapal terbang suruh naik di Lapangan Terbang Subang. Bila dia balik aku tanya macamana pergi Airport hari tu, senang ke tak? Naik grab terus ke air port katanya. Tapi dia kata balik naik Train Skypart Link. Aik...apa dia skypark link train pulak ini.

Skypark Link Train adalah keretapi yang menghubungkan Skypark Terminal Airport, bagi pengguna yang menggunakan laluan KLSentral -  Subang Jaya - Terminal Skypark. Ianya lebih menjimatkan masa dan kewangan selain selesa dengan 30 trip perjalanan sehari. Masa yang diambil lebih kurang 60minit.


Mesti ada yang tertanya-tanya nak naik kat mana dan nak beli tiket dimana. Oleh kerana perkhidmatan ini dikendalikan oleh KTMB, maka laluan yang digunakan adalah laluan KTM komuter Pelabuhan Klang. Walau bagaimana pun trek laluan akan bercabang menuju ke Lapangan Terbang Subang selepas perhentian Subang Jaya. Dekat mana nak beli tiket? Mana lagi kalua bukan kaunter tiket KTM dekat Kl-Sentral.
Harga yang dikenakan murah, paling mahal pun RM11 untuk sehari dari KL Sentral. 



Ahad, Disember 15, 2019

Antara yang terbaru...

Ifti setia menunggu makanan.

We could be the greatest team that the world has ever seen.

Rakyat marhein

Rajin je sebenarnya nak shoping barang dapur, tapi lebih mudah pesan atas talian.

Sebelum ini dengar orang bercerita pasal mesin kopi dalam bilik hotel, kali ini Mr.Y betul-betul lihat dan alami sendiri. 

Edit gambar budak-budak berlatar belakang poster Ejen Ali The Movie

Bila gelap, kita cerahkan

Mr.Y kata dia tak nak yang ni. Tapi aku nak simpan juga. 

Sebab aku dapat agak dia mesti tak nak yang atas, maka aku buat buang ayat dan gambar tengkorak, pastu tambah kesan menyala-nyala lebih menyerlah sikit.

Gurau dengan anak buah...

Bila mana mana tunggu azan isyak...selfie dan terbayang wajah arwah ibu. Al-fatihah.

Hidup tak selalu berlaku seperti yang kita harapkan

Review Ejen ali the movie

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari rabu dua minggu lepas Mr.Y balik dan cakap nak bawa Budak-Budak ikuti game "Dream Vending Town" dekat Quill City Mall. Maka aku risik-risik lah pasal Dream Vending Town ni. Hasil risikan, permainan tersebut hanya available pada hari Jumaat, Sabtu dan ahad.

Tetiba Mr.Y kata jom tengok Ejen Ali The Movie. Apa lagi seronok sangatlah anak-anak. Hari rabu selalunya harga tiket wayang murah sikit. Maka kami booking tiket untuk tujuh orang. Uzayr duduk atas pangku aku, uwais atas abi manakala Auryn atas pangku kak tiara.


Reaksi anak-anak:
Uzayr- Scene awal bermula dengan lawan-lawan. Aksi lawan-lawan dia sama naik tangan dan mulut dengan bunyi 'hiyaa...hiya...hiyaaa..' tapi park bercakap-cakap dia tak layan sangat.
Auryn- bahagian lawan-lawan mulut dia diam je, focus tengok cerita tapi bila keluar scene cakap-cakap, dia ajuk sama cakap-cakap.
Uwais, Hana, Aleeya, Humaira, Syuhada dan Tiara- layan betul, sampai bahagian sedih, humaira siap menitik air mata.

Pendapat aku cerita Ejen Ali The Movie berbaloi sangat kalua nak tengok untuk kali ke-2 di pawangan. Perjalanan cerita yang lebih mendalam dan kisah hidup Ali yang lebih jelas buat peminat siri Ejen Ali. Kalau dalam siri dekat tv kita Nampak Ali seorang Budak yang ada lagak dan agak sombong tapi dalam movie tahap kesombongan dan lagak dia kurang sikit. Sesuai dengan mood yang dibawa iaitu seorang yang merasa diri tak berguna dan rindu seorang anak kepada ibunya. Manakala Alicia pulak dalam siri aku banyangkan dia anak Jeneral, malangnya dalam movie dia ada tiga lagi bapa angkat. Rupanya dia anak angkat jeneral. Seperti biasa selain bergaduh dengan Ali, Alicia juga yang menaikan semangat Ali sangat rasa lemah, walaupun gaya Alicia itu brutal dan slumber saja.

Baca Juga:

Dari segi grafik dia aku tak nak komen banyak tapi yang pasti cantic dan kemas. Lagu mamak maju pun best pada aku walaupun ada beberapa ulasan mengatakan lagu tersebut tak sesuai dan lain-lain. Pendapat masing-masingkan. Secara keselurahan bahagian lagu aku rasa best je semuanya sebab kebanyakan lagu kena pada mood dia.  Itu sahaja review amatur dari aku.

Jangan tak tahu, dah ada parodi lagu mamak maju dekat you tube.


Jumaat, Disember 13, 2019

“Ya Allah, I know this is your plan just help me through it.”



Ini adalah entry blog spontan. Sebenarnya hari ini aku banyak edit gambar, bila dah edit rasa nak letak ayat-ayat yang menarik dan bermakna. Maka aku pun google lah mencari yang menarik dan menusuk ke jiwa. Bila dah jumpa...alamak tak kena pulak dengan gambar aku edit. Maka aku edit gambar lain yang sesuai dengan ayat itu. Ayat nya adalah,

When you don’t understand what’s happening in your life, Just close your eyes, and take a deep breath and say, “Ya Allah, I know this is your plan just help me through it.”

Kenapa aku tertarik dan dan rasa ayat tersebut menusuk kalbu, mungkin kerana ada doa sekali di dalamnya. Lantas terlintas dalam minda aku yang selalunya, manusia akan minta tolong dekat Allah untuk lepasi saat-saat sukar. Tapi sebenarnya kita perlu minta tolong Allah setiap hari untuk lalui kehidupan ini. Saat senang, manusia selalu lupa minta tolong Allah. Sedangkan pada saat senanglah kita mudah menjadi lupa akan nikmat, kita lupa tanggungjawab.

Semoga kita semua tak lupa untuk mengucap syukur dan minta pertolongan Allah untuk kita jalani kehidupan ini seperti yang di syariatkan.

APEC 2020 Malaysia Sebagai Tuan Rumah, Mr.Y Sebagai LO

Selamat Datang ke Langkawi

APEC(Asia-Pacific Economy Cooperation) atau dalam Bahasa melayu adalah Kerjasama Ekonomi Asia-pasifik adalah forum ekonomi 21 negara di lingkaran pasifik yang bertujuan mengukuhkan ekonomi, perdagangan dan hubungan bebas dikalangan negara terlibat. Bagi tahun 2020, Malaysia bertindak sebagai tuan rumah. Ini adalah kali ke-2 Malaysia bertindak sebagai tuan rumah bagi persidangan APEC. Kali pertama adalah pada tahun 1998 sewaktu Tun Dr.Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Kali ini pun Tun M gak Perdana menterinya.

Dah macam penyiasat persendirian ada... bodyguard pun ada...


Kira-kira beberapa bulan lepas, aku tak ingat Tarikh sebenar dia..Mr.Y bagi tahu dia ada temuduga bagi jawatan pegawai pengiring untuk APPEC2020. Maka aku kata kenapa nak kena temuduga, bukan selalu kalau jadi pegawai pengiring Menteri -Menteri ini PTD ke? Jawapan dia, ini bukan jawatan tetap..ini sepanjang APEC berlangsung sahaja. Tak lama selepas itu Mr.Y bagi tahu dia Berjaya dalam temuduga dan akan pergi kursus latihan sebagai LO. Dah apa benda pulak LO ini.
Kereta digunakan untuk APEC 2020


LO (Liaison Officer) adalah individu yang bertindak sebagai penghubung antara dua organisasi dan memberi manfaat Bersama. Kira kalau jadi LO untuk APEC ini dia bertindak sebagai penghubung antara wakil kerajaan asia-pasifik lah.

Mesyuarat setelah bekerja. 

Arissto di hotel langkawi

 
Assalamualaikum dan selamat pagi...sejak minggu lepas lagi stok kapsul kopi Arissto dekat rumah ini habis. Yang ada sekarang stok kapsul teh dan coklat. Sementara nak dapat stok baru, maka kita layan kopi kampung. Iya hanya kopi kampung pekat sahaja memenuhi citarasa aku buat masa ini. 3 in 1 langsung tak masuk buku. Terlalu manis dan kurang rasa pahit kopi. Beberapa hari lepas aku minum kopi 3 in 1, Ya Allah... sengal gila gigi aku dan ditambah perit tekak. kemanisan nya tak boleh bawa bincang. Maka kita pun curah air itu ke dalam sinki.
 
 
Kembali kepada cerita Arissto di hotel Langkawi. Al-kisah Mr.Y menjadi salah seorang LO (Liaison Officer) bagi APEC 2020 yang sedang berlangsung di Langkawi, Kedah. Maka sebagai LO, dia kenalah buat lawatan ke tempat-tempat yang bakal dilawati oleh delegate-delegate.
 
Salah satu hotel yang dilawati adalah Ombak Vila Langkawi. Selalu hotel akan sediakan paket kopi dan the dalam bilik kan. Tapi Ombak Villa sediakan mesin Arissto dalam bilik siap kapsul kopi sekali. Ye lah kalau sedia mesin saja tanpa kapsul macam tak betul pulak. Bila dapat bilik yang selesa dan tenang kita dah puas hati sangat. Tapi di tambah kepuasan itu dengan produk Arissto, MasyaAllah nikmatnya duduk hotel dan melihat keluar dengan menikmati kopi premium Arissto.
 
 
 
Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto

#hantukopi
#MesinKopiPremium
 

Khamis, Disember 12, 2019

Trip Balik kampung naik bas



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali terakhir aku balik kampung menaiki bas bersama anak tanpa kehadiran suami adalah pada tahun 2013. Waktu itu kakak Humaira baru nak masuk usia setahun. Oleh kerana ada beberapa urusan di kampung yang memerlukan kami adik beradik semua ada, maka Mr.Y izinkan aku balik kampung dengan syarat bawak si Uzayr sekali. Bagus juga bawa uzayr sebab akan kurang masalah bengkak susu. Yup, Uzayr masih susu badan.

Baca Juga:

Kedai Sup Kaki Ayam Mok Ani


Alhamdulillah semua berjalan lancar sewaktu nak balik kampung. Aku pilih naik bas Darul Iman Express. Best sangat bas dia, naik bas sekarang bukan macam dulu. Kita menggigil tahan sejuk. Bawah beberapa keping gambar sekitar kuala terengganu yang berjaya di snapkan...



Baca Juga:

Tiket percuma KL Hop On Hop Off






Rabu, Disember 11, 2019

Pengalaman naik van jenazah


Assalamualaikum, ini adalah pengalaman kali pertama aku naik van jenazah. Tanggal 2 November 2019, kakak sepupu meninggal dunia. Walaupun dia kakak sepupu tapi kami semua anggap dia seperti kakak sendiri. Sejak aku mula menjejakkan kaki ke KL, setiap kali ada kesempatan kami akan bertemu. Aku pulak waktu belajar dulu andai ada kelapangan akan tidur dekat rumah dia waktu hujung minggu. Kami pun selalu juga balik kampung sama-sama. 

Baca Juga:

Renungan subuh- istiqamah dalam amalan


Bila dah kawen dan beranak-pinak ini, kalau kami adik beradik berkumpul, pergi memana atau buat makan-makan, kami akan ajak dia datang sekali. Kalau berkumpul kami akan pilih rumah kakak aku yang sulong lah. Sebenarnya dia lagi kerap pergi rumah kakak aku berbanding aku.

Setelah hampir sebulan berjuang di hospital Putrajaya maka Allah mengambil kembali nyawanya. Sepanjang sebulan berada di hospital, yang banyak menguruskan beliau adalah adik serta kakak aku. Maka apabila berlaku kematian, aku dengan kakak kedua mengambil inisiatif mengiringi jenazah kembali ke Terengganu. Ini adalah perjalanan balik kampung terakhir kami bersama.

Kembali kepada cerita pengalaman naik van jenazah. Awalnya kami anggarkan perjalanan mengambil masak 4 ke 5 jam. tapi sebenarnya perjalanan dari KL ke Terengganu hanya mengambil masa 3 jam ditambah dengan berhenti buang air serta isi minyak. Aku dengan nor yang duduk belakang sebelah keranda ni kira melambung jugak lah. Inilah kenderaan paling laju aku pernah naik untuk balik ke Terengganu.

Baca JUga:

Jangkitan Tonsil vs Klinik Halim, Kg.Baru


Secara logik aku memikirkan mereka pembawa van jenazah akan bawa laju apabila ada jasad di dalam. Ini bagi mempercepatkan urusan dan itu lebih baik. 


Selasa, Disember 10, 2019

Apa isu dengan vitamin dan pasangan sebenarnya

Vitamin kita terlibat dengan APEC 2020 Malaysia di Langkawi sekarang selama seminggu.
Aku pelik bila banyak sangat orang duduk update status pasal vitamin bersama gambar pasangan masing-masing. Maka tadi aku google lah apa isu dengan vitamin dengan gambar pasangan masing-masing sebenarnya. Rupanya isu berkaitan dengan kenyataan Dai'e Farhan iaitu isteri baru ibarat vitamin buat dia. (Mung nok royat mung koho sihat ke guane lepas bini baru ni. Alhamdulillah kalau koho sihat gak)

BacaJuga:

Sakit Hati dengan Pasangan Sendiri-Apa perlu buat


Jika sebelum ini isu 18 dan 19 dimainkan oleh netizen. Sekarang isu vitamin pulak. Bahaya betul bila menjadi public figure nie. Apa saja kita cakap kena hati-hati, salah cakap kena kecam oleh netizen.

Isnin, Disember 09, 2019

HappyFresh - pengunaan pertama dapat 20% diskaun dan penghantaran percuma



Assalamualaikum dan selamat tengah malam. Kali ini aku nak kongsi info dan pengalaman yang masih segar dan panas. Al-kisahnya susu Uzayr dah habis, maka aku bagitahu Mr.Y untuk belikan, tapi Mr.Y pula terlalu sibuk kebelakangan ini. Maka aku ambil langkah tolong beli secara atas talian. Asalnya fikir, kalau keluar beli dekat pasaraya terdekat seronok juga, tapi bila fikir balik kena bawa anak-anak sekali rasanya tak terbeli barang. Hampir setiap kali kami pergi beli barang dapur, yang memilih dan mengambil barang adalah Mr.Y, manakala aku pula sibuk mengikut langkah Uzayr. Uzayr dalam proses nak meneroka, maka kalua pergi mana-mana tempat dia akan usaha untuk berjalan sendiri.



Mula-mula aku fikir, alang-alang beli secara atas talian, perlu beli dekat kedai yang ada beri 'cashback'. Maka aku masuklah aplikasi ShopBack. Dalam ShopBack Nampak kategori, maka kita pilih kategori makanan (FOOD), Nampak icon HappyFresh, Apa lagi terus pilih…. Silap aku sini patut kena download Aplikasi HappyFresh dulu kan.. Apabila aku tak download aplikasi HappyFresh maka aku dibawa ke web HappyFresh.

HappyFresh menawarkan banyak pasaraya yang boleh kita pilih. Sebelum kita memilih kedai mana kita nak beli...HappyFresh akan minta kita letak lokasi kita kat mana, kemudian HappyFresh akan senaraikan kedai yang berhampiran kita. Kali ini aku pilih pasaraya Tesco.
Seronok pilih produk dan apabila nak sahkan pembelian baru daftar HappyFresh. Bila dah sahkan pembelian baru aku perasan ada e-mail boucer kod dihantar. Baru lah aku download aplikasi Happyfresh. Syukur sangat sebab personal shopper belum melakukan pembelian maka aku batalkan order yang pertama tapi senarai barang masih ada dalam aplikasi. Jika anda mengalami masalah macam aku nanti jangan risau, HappyFresh akan bantu anda. Arahan yang diberikan pun mudah sahaja difahami.


Maka kali kedua pengesahan kedua pembelian aku masukan kod baucer dan pilih pembayaran secara "Cash on Delivery" atau COD. Aku buka balik shopback, Nampak ada cashback RM2. Kira banyak untung juga lah beli barang dapur hari ini.
Sebelah kiri email kod diskaun, sebelah kanan adalah cashback dari shopback 
Dekat sini aku dah jimat duit parking dan minyak kereta. Selain itu jimat duit dari belanja anak-anak makan. Itu sahaja pengalaman yang aku nak kongsi hari ini.

Ahad, Disember 08, 2019

Ciri-ciri bendera Malaysia yang patut kita tahu.





Jika benar anda seorang rakyat bermastautin di Malaysia, pasti dari kecil anda telah biasa melihat bendera ini berkibaran di mana-mana. Lantaran kesilapan yang nampak kecil tetapi impak dan pandangan negatif yang amat besar diterima oleh negara kita. Baru-baru ini heboh di media sosial dan lain-lain alat sebaran tentang bendera Malaysia berbintang 5 yang dinaikkan di Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak di Stadium Hang Jebat. 


Baca juga:

Penipuan Pembelian Online


Berikut adalah ciri-ciri bendera malaysia yang kita perlu tahu adalah 


  1. 14 jalur melintang merah putih yang sama lebar bermula jalur merah di sebelah atas dan jalur putih sebelah bawah.    
  2. Bulan dan bintang disebelah atas bahagian kiri dalam kotak biru. 
  3. Bintang pecah 14 bukan 5 ye. Selalu kita pandai sangat nak buat bintang pecah 5 tapi bila buat pecah 14..Masyalah buruk rupanya.
  4. Merah untuk semangat waja
  5. Putih untuk kesucian
  6. Kuning untuk pemerintahan beraja
  7. Biru untuk agama islam sebagai agama rasmi.
Kenapa perlu heboh apabila bendera Malaysia berbintang lima dinaikkan di Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak? Ini kerana kesilapan kecil ini menggambarkan betapa pihak penganjur tidak peka terhadap benda sekecil ini. Benda ini kecil sahaja tapi impak dia amat besar dimana seluruh dunia akan keliru...adakah negara Malaysia telah tukar bendera nya. Atau adakah sangat kurang semangat cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia? Sebenarnya budak tadika telah diajar semangat cintakan negara dengan mempelajari dan menghafal warna dan ciri-ciri jalur gemilang. Kemudian kanak-kanak ini diajar lagu-lagu semangat patriotik. Maka wujud pelbagai persoalan dan isu apabila hal seperti ini terjadi. Semoga hal Seperti ini tidak akan berulang lagi.

Baca Juga:

ShopBack



Baru-baru ini kami balik kampung...seperti biasa kakak humaira akan bawa bekal buku. Kali ini dia bawa buku lukisan. Maka aktiviti melukis lah. Kebetulan pula dia lukis bendera Malaysia. Maka kita ambil kesempatan tanya tentang ciri-ciri Jalur Gemilang dekat dia...Nah!!! budak darjah satu pun tahu ye bintang bendera Malaysia ada 14 bucu.






"1st Giveaway by YYSELLA"

Siapa berminat nak join...sila klik sini...

Sabtu, Disember 07, 2019

Labur atau Bayar Hutang

 Ada kes orang bila ada duit lebih dia akan fikir untuk melabur dulu atau nak bayar Hutang dulu.

Kalau Hutang pada orang bagus bayar dulu ,sebab selagi dia menyumpah hidup kau selagi tu duit kau tak pernah cukup🤣.( Selalunya makin liat bayar Hutang Makin susah hidup)

Baca juga:

Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri


Kalau hutang belajar dan bayaran bulanan kira mampu bayar dengan ujrah 1% bagus diteruskan bayaran tetap.(Mana nak cari pemberi hutang pemurah)

Kalau hutang credit kad interest 18% setahun bagus bayar dulu kalau tak mahu sengsara selama lama.

So nak labur ke nak bayar Hutang?

Labur pada pendidikan kewangan Dari sumber yang sahih.Bukan skim advanced 10k.

Baca Juga:

The Dave Ramsey: Suami sahaja kerja, macam mana nak kawal kewangan?



Labur pada instrumen yang dijamin kerajaan.Bukan skim mlm ye.

Labur pada bisnes yang anda minat dan ada juga permintaan.Boleh taip Google/Shopee .Bukan minat diri sendiri dan tiada permintaan nanti syok sendiri.

*Ini hanyalah pendapat peribadi tidak kena mengena dengan yang pernah Hutang dengan saya atau tidak😇


Isnin, Disember 02, 2019

Banjir 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi dengar berita mengatakan beberapa kawasan di Pantai timur terutama Terengganu dan Kelantan telah dinaiki air dan ada mangsa telah pun berpindah ke penempatan sementara.

Menurut Jabatan Meteorologi Monsun Timur Laut akan bertiup bermula hujung oktober sehingga Mac tahun depan dan dijangka tahap banjir yang bakal dialami adalah sama keadaan seperti tahun 2016 dan 2017. Kiranya tahun lepas 2018, banjir tidaklah seteruk tahun sebelumnya.

Oleh kerana ayah berada di terengganu dan rumah ummi pun berada berhampiran pantai...wajar untuk aku sentiasa mengambil tahu perkembangan banjir. Aku suka masuk FB NADMA (Agensi pengurusan bencana negara). Info yang diberikan pantas dan cepat.

Kat bawah status FB NADMA yang aku copy paste ye...

Laporan Terkini Kejadian Bencana Seluruh Negara sehingga 4 pagi, 2 Disember 2019.
Untuk maklumat terkini mengenai situasi bencana mohon layari Portal Bencana di http://www.nadma.gov.my/bencana2/



Sekarang musim banjir dan hujan.... Nasihat kepada semua berhati-hati dan berjaga-jaga selalu ye.


Ahad, Disember 01, 2019

Auto Whatsapp VS Chatbot VS Ecommerce

Proses pembelian menggunakan dua sistem auto yang tengah popular sekarang:

1. Auto Whatsapp

Facebook -> Whatsapp -> Website

2. Auto Messenger (Chatbot)

Facebook -> Messenger -> Website

Akhir sekali, semuanya menuju ke website juga. Info di website lebih tersusun & lengkap dengan payment gateway.

Begitulah, betapa pentingnya website & ecommerce.

Whatsapp atau messenger hanya jadi medium engagement untuk bagi info tambahan & kumpul database. Nak blast promosi akan datang, boleh guna database yang terkumpul.

KELEBIHAN SISTEM AUTOWHATSAPP & AUTO MESSENGER

1. Ramai yang selesa dengan whatsapp & messenger.

2. Ada engagement & interaksi pantas dengan pelanggan.

3. Dapat kumpul database.

4. Proses berlaku secara automatik & flow yang sistematik.

KEKURANGAN SISTEM AUTOWHATSAPP & AUTO MESSENGER

1. Tak lengkap.

Tak integrate dengan payment gateway. Fungsi payment dalam apps Whatsapp & Messenger belum diaktifkan lagi di Malaysia.

2. Mahal.

Kos bulanan lebih kurang RM200 untuk maintain satu sistem. Sama, bahkan mungkin lebih mahal daripada kos untuk website ecommerce.

3. Annoying.

Skrip melewah. Kononnya mesra pelanggan. Banyak sangat blast notification.

4. Leceh.

Banyak sangat perlu klik, klik & klik lagi barulah dapat info penuh serta cara bayaran.

PELUANG

1. Guna integrated funnel & digabungkan dengan website ecommerce. Boommm...

2. Fungsi whatsapp & messenger payment akan diaktifkan secara rasmi pada masa akan datang. Boleh bereksperimen dari sekarang.

3. Kuasai semua channel & tempat pelanggan berkumpul. Bina team khas untuk setiap channel yang berbeza.

Ada sifu autowasap atau chatbot yang nak try buat full integration dengan website ecommerce ke? Tak tahu la boleh ke tidak. Kita buat dia.