Jumaat, April 10, 2020

Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"

Selesai membaca beberapa muka surat berkaitan topik "berfikir dan hidup di luar kotak" dalam buku Rich Dad's Retire Young, Retire Rich oleh Robert T.Kiyosaki. Kami berbincang yang turut disertai oleh kakak humaira dan kakak hana. Perbincangan isu berat, apabila disertai oleh kanak-kanak amat menyeronokan. Maka berlaku situasi seperti di bawah:

Abi: Bagaimana berfikir di luar kotak?
Hana: Kita duduk dekat luar kotak dan fikir lah.
Abi: Bagaimana berfikir dan hidup di luar kotak yang kakak dengan hana faham?
Hana: Kita keluar dari kotak, kita fikir...jadilah berfikir di luar kotak.
Kakak: Kenapa kotak? Kotak apa? (Nampak bijak sikit soalan dia)
Abi: Bayangkan rumah kita adalah kotak...bagaimana kakak nak fikir?
Kakak: Senang saja, keluar dari rumah, duduk dekat dalam kereta ke...pastu abi fikir lah.

Baca Juga:

Kitty Hawk, North Carolina dalam retire Young, Retire Rich


Jawapan mereka buat kami tersenyum dan tergelak. Tapi nak diterangkan bagaimana berfikir di luar kotak bagi budak 7 dan 8 tahun agak sukar. Maka kami jelaskan Apa itu berfikir di luar kotak. Berfikir diluar kotak adalah corak pemikiran yang membuahkan hasil tidak seperti kebanyakkan orang. Contohnya apabila mendapat kenaikan pangkat dan gaji, kebanyakkan orang akan berfikir boleh tukar kereta baru atau pindah rumah besar kerana berlaku kenaikkan kemampuan bulanan. Tetapi bagi mereka yang berfikir diluar kotak, kenaikkan gaji atau pangkat bukan bererti mereka boleh memilih pilihan di atas tetapi mereka perlu guna lebihan sebagai modal untuk pelaburan lebih besar. Ini bermakna mereka masih hidup dengan cara sebelum kenaikkan gaji atau pangkat.

Bagi membolehkan kakak hana dan kakak humaira lebih faham apa itu berfikir diluar kotak, kami memberi contoh tahun lepas kakak humaira mempunyai matlamat untuk membeli beg sekolah baru. Oleh kerana ummu dan abi rasa beg sekolah lama humaira masih elok, maka kami tidak membelikan untuk kakak humaira. Secara tak langsung humaira mencari idea bagaimana untuk mendapatkan wang bagi memenuhi matlamat. Masa ini kakak sanggup bawa bekal ke sekolaha walaupun roti sapu coklat semata-mata nak simpan duit belanja sekolah. Dia beritahu rasa nak beli makanan kantin macam kawan-kawan tapi kalau beli tak dapat kumpul duit. Apabila keluar jalan-jalan, kami nak belikan mainan untuk anak-anak (jarang sangat kalau keluar abi bagi lampu hijau untuk anak-anak beli mainan), kakak cakap dekat ummu, kakak tak nak mainan tapi duit yang ummu abi bajet untuk mainan dia nak masuk tabung. Masa ini terfikir, kakak sanggup tengok orang lain ada mainan, beli makanan kat kantin tapi kakak tatap sanggup berbeza dari kebanyakkan kanak-kanak lain semata-mata nak capai matlamat kakak beli beg sekolah baru. Itulah namanya berfikir dan hidup diluar kotak.

Baca juga:

Kenapa Jual Barang Rumah? Tak cukup duit ke?


Apabila kita mempunyai matlamat yang jelas dari segi bila dan apa. Maka kita akan lebih mudah melaksanakan idea tersebut.Idea semata tanpa perlaksanaan maka ia kekal tak merubah apa-apa. Tetapi idea di sertai dengan langkah, insyaAllah akan terlaksana dan tercapai matlamat.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik