Jumaat, April 24, 2020

Hadiah buat ayah.....tapi mengamit kerinduan yang teramat kepada arwah bonda...

Assalamualaikum....lagi beberapa hari akan tiba hari lahir ayah. Oleh keran sekrang dikenakan PKP, maka kami faham andai tidak dapat pulang meraikan bersama ayah. Petang semalam setelah berbincang dengan adik beradik, kami buat keputusan untuk hadiahkan ayah dengan Photobook. Hasil perbincangan juga kami akan masukkan semua gambar ayah yang cantik-cantik. Setiap rang ada peranan masing-masing. Kakak sulong keluarkan bajet, kakak kedua emailkan gambar, adik bongsu beli baucer photobook dan aku kena design macam biasa.

Maka pagi ini selepas bersahur kita edit template phtobook. Aku buat pilihan untuk guna template "Our Supurdad!" tapi edit sedikit tajuk jadi "Our SuperAyah!". Kita tak panggil ayah kita dad tapi kita panggil AYAH.


Template ini nampak simple dan kemas kan.

Tengah seronok mengedit, sampai bahagian gambar dibawah....aku bayangkan letak gambar arwah cik dengan ayah. Baru bayangkan, mata dah berair dan rindu bertandang....Ya Allah apa cik sedang buat...adakah kiriman doa dan pahala kami ini cukup buat bonda disana...Ya Allah bulan ramadan ini, KAU curah lah rahmat kasih sayang buat cik disana. Amin....



Bila rindu datang bertandang, maka kerinduan untuk berbicara dengan cik sangat kuat. Dahulu waktu arwah ada, hampir semua benda aku ceritakan kepadanya. Cik pun suka bercerita sambil memberi nasihat. Antara nasihat arwah cik. Mendidik anak perlu tegas tapi penuh kasih sayang. Layan ibu mertua sebagaimana layan ibu sendiri. Kehidupan berumah tangan jangan ada berkira. Kalau suami atau ayah banyak belebel, isteri dan anak-anak diam, kalau isteri atau ibu belebel, suami dan anak-anak diam..kerana dalam bebelan itu ada perkara yang nak disampaikan. Kalau anak bercakap dengar walaupun kita tengah sibuk buat kerja, sebab kalau kita tak dengar nanti dia cari pendengar lain, lama-lama dia makin jauh. Jaga solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Tanam cita-cita nak berjalan ke Rumah Allah, tempat lain boleh jalan kemudian. Dah ada cita-cita, sila simpan duit untuk ke sana. dan banyak lagi.....

Akhirnya aku nak ucap Selamat menyambut ramadan 1441H buat semua. Jadikan ramadan ini lebih baik dari tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik