Khamis, April 30, 2020

Tips Hebat :Transisi minda.....

Assalamualaikum dan selamat pagi... akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan buku 'Retire Young, Retire Rich.' Lebih kurang 6minggu gak aku ambik masa nak habiskan baca buku ini, Habis lah 3 fasa PKP. Walaupun adalah beberapa bab aku langkau kerana pada aku terlalu kompleks untuk aku faham Sebab bila aku baca dua atau tiga kali pengenalan bab aku dah tak faham. hehehehe.....



Kalau anda pernah tengok atau belek buku ini, anda akan perasan kepada bab akhir yang bertajuk :TIPS HEBAT. Dalam bab ini penulis memberi 12 tips hebat buat pembaca. Dalam 12 tips tersebut aku rasa Tips Transisi Minda adalah Tips pertama yang perlu kita ambil dan buat walaupun penulis kata tips pertama adalah buat keputusan manakala Transisi Minda adalah tips ke tujuh.

Baca Juga:

Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"


APA ITU TRANSISI MINDA?
Mengikut kamus dewan transisi adalah peralihan dari satu keadaan kepada keadaan lain. Siapa yang ada anak baru masuk darjah satu pasti pernah mendengar Minggu Transisi pelajar Tahun 1. Iaitu perubahan daripada keadaan alam tadika kepada keadaan alam persekolahan. Maka maksud transisi minda adalah perubahan keadaan minda seseorang. Jika sebelum ini minda anda berada dalam realiti seorang yang suka membawang, maka anda perlu lakukan transisi minda untuk berada dalam realiti seorang lebih suka diam daripada berkata-kata sesuatu yang sia-sia.

KENAPA PERLU TRANSISI MINDA?
Ia amat perlu bagi memerbaiki kepintaran kita dalam apa sahaja bidang yang kita nak. Seorang yang sentiasa memperbaiki kepandaian adalah orang yang menghargai aset yang paling bernilai yang kita miliki. Aset ini semua orang ada, tak kira lah kaya atau miskin, iaitu otak kita. Maka jika kita nak kaya dan berjaya, dunia dan akhirat, kita perlu manfaatkan aset ini sebaiknya.

BAGAIMANA NAK LAKUKAN TRANSISI MINDA?
Transisi minda dilakukan setiap hari dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10minit dengan membaca artikel, buku atau rencana. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga seperti aku seorang ibu, isteri dan peniaga atas talian, maka sambil-sambil masak boleh dengar ceramah atau soal jawab. Dekat you tube banyak...kewangan boleh dengar tentang Dave Ramsey show, motivasi dengar Fadzilah kamsah, agama dengar ngaji bersama menteri, pemasaran azizan othman dan banyak lagi...Lepas itu jika ada bajet boleh hadiri seminar berkaitan, kalau tak ada peruntukan maka sila cari seminar-seminar yang percuma.

Baca Juga:

Baca buku untuk anak-anak


Dalam buku retire young retire rich, penulis menggalakkan kita melakukan transisi minda kewangan agar realiti pemikiran kita berubah daripada realiti pemikiran orang kebanyakkan kepada realiti pemikiran orang kaya. Kenapa aku kata, pada aku tips ini yang pertama aku perlu buat adalah kerana bagaimana aku nak buat keputusan berdasarkan realiti pemikiran orang kaya kalau realiti pemikiran aku masih seperti orang kebanyakkan.

Itu sahaja perkongsian kali ini....sekarang aku nak start baca Rich Dad, Poor Dad dan buku Keperibadian Seorang Muslimah. Ada  masa, ada topik best aku share nanti.

1 ulasan:

  1. sebab tu ramai org berjaya mesti kerap baca buku kan. macam dia kata utk at least 10 minit. semua idea org kita tak pasti nk tempoh kan..

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik