Ahad, Jun 14, 2020

Kasihku cheese ganti keropok keping....sedap terangkat...

Assalamualaikum, aku nak share menu yang tak biasa orang buat tapi anak sedara aku selalu buat.... 

Anak sedara aku ni suka ada sesuatu yang rangup bila makan nasi atau mee goreng. Selalu kalau kita makan nasi goreng atau mee goreng, kita lawankan keropok keping. Oleh kerana keropok keping dah abis stok, yang ada hanyalah kasihku cheese, maka dia ambil je kasihku cheese buart makan dengan mihun goreng...


Sebenarnya kasihku cheese adalah kudapan yang dibuat oleh kakak ipar aku. Rasa kasihku cheese ini ada 2, satu asli manakala satu lagi pedas. Kalau time nak raya habislah semua anak-anak kena bantu sebab banyak tempahan. Kalau time biasa pun tempahan banyak juga tapi tak lah sebanyak waktu nak raya. Kasihku cheese adalah kudapan berasaskan kulit popia yang digoreng garing. Rasa dia pada aku sangat sedap dan boleh diterima tahap kepedasannya. 

Aku pernah makan popia cheese yang rasanya amat pedas, bagi orang tua insyaallah tak ada masalah tapi bagi kanak-kanak tak sesuai, manakala ada pula yang bila makan akan rasa perit di anak tekak, sesetengah nya pula mempunyai rasa cheese yang tak seimbang dengan tahap kepedasan. Pernah beli jenama rahsia, mula-mula beli sedap, tapi beli kali kedua rasa lain sangat. Terus tak beli dah. 

Tapi yang kasihku cheese ini rasa dia sama sahaja setiap kali buat. Aku perhatikan kakak ipar masa bancuh cheese dan popia yang telah digoreng menggunakan sukatan yang sama. Lagi satu waktu dia bancuh, dia akan kurang bercakap, mungkin takut lupa sukatan dan mungkin siapkan bancuhan sambil berzikir kepada Allah. 


Tak rugi kalau korang cuba kasihku cheese keluaran SB&Z (Shahbani &Zuriati). 

Kalau nak cuba sila Whatsapp www.wasap.my/60193370225. atau boleh order terus dari sini


Cuba ye.....

1 ulasan:

Sila komen yang baik-baik