Ahad, Julai 05, 2020

Sis faham perasaan kamu dik..

Assalamualaikum dan selamat pagi. Petang semalam aku ada baca artikel di bawah...


Arwah mak aku, aku panggil cik dan dia pun suka baring kaku di tengah rumah dengan kain telekung. Aku pernah tanya kenapa cik baring sampai tertidur dengan kain telekung. Jawapan yang amat mengerunkan hati tapi hakikat ia benar...

"kita mati nanti macam ini lah, terbaring kaku di balut kain putih, buat macam ni kita rasa diri ini hamba."

Ini merupakan salah satu cara cik mengingati mati. Kitakan digalakkan untuk mengingati mati. Tapi bila mak kau buat hal itu tengah rumah dah tidur senyap. Mahu tak berdebar dan takut hati ini. Kadang-kadang ayah aku turut sama terbaring selepas solat dan mengaji. Bila mereka buat waktu siang aku boleh terima lagi, tapi bila bangun qiyamul lail tengah malam dia buat hal sama... rasanya apa perasaannya pula...

Kisahnya macam ini, aku terjaga tengah malam dalam jam 4pagi dan rasa dahaga. Maka aku turun ke bawah dan niat nak ambil air kat dapur. Mata masih lagi nak tertutup, tetiba tertangkap sekujur tubuh berbalut kain putih terbaring di tengah rumah. Keadaan samar-samar kerana mak ayah aku hanya buka lampu dapur. Dari keadaan mengantuk terus bertukar ke perasaan takut, langkah kaki kaku....tetiba sekujur tubuh itu berpusing dan bersuara... "nie, buat benda cegat situ?" Huh!!! dengar suara baru aku lega, mak aku rupanya. 

Itu sahaja pengalaman sis dengan mak yang suka baring dalam kain telekung. Kain telekung tak pernah warna lain selain putih...

1 ulasan:

Sila komen yang baik-baik