Sabtu, Ogos 15, 2020

4 hari 3 malam di Swiss Garden Residence Resort, Kuantan.

Assalamualaikum, sebelum raya haji kami sekeluarga ikut Mr.Y ke Kuantan untuk bekerja dalam perjalanan nak balik beraya di kampung. 

Penginapan di Kuantan kami memilih Swiss Garden Resort Residence. Aku tengok gambar dah teruja dah dengan kolam dan pantai yang macam best sangat. Tapi Mr.Y kata jangan berharap sangat sebab itu gambar sebelum PKP.

Ahad, 26 Julai 2020, kami sekeluarga memulakan musafir kami. Tapi sebelum sampai ke kuantan kami melencong ke Bentong sekejab bertemu sahabat Mr.Y. Kami sampai di Swiss Garden Resort Residence sekitar jam 6 petang. Mr.Y tempah bilik untuk 2 malam iaitu dari 26 julai sehinga 28 julai. Tapi kami terpaksa bermalam satu malam tambahan kerana selesai kerja Mr.Y ke bengkel kereta menukar starter yang rosak. (time-time jalan macam ni lah dia nak rosakkan). Satu malam tambahan itu, Mr.Y tempah bilik Family suite. 

Studio Suite
Aku tak sangka dia punya studio suite ada ruangan bilik dan ruang santai yang berbeza. Bilik tidur dan bilik air berada dalam ruangan yang tersendiri,manakala ruang dapur dan ruang tv satu ruang yang sama. Aku bayangkan apabila studio suite, semua berada dalam satu ruang. DI mana kamu akan nampak pintu tandas, katil, tv dan ruang makan tanpa dinding sebab studio suite yang pernah aku duduk sebelum ini macam itu. Cantik sangat kalau semua ruang ada pemisah, tak adalah si kecil asyik nak ke tandas dan main lompat atas katil. Ruang depan tv pun luas, anak-anak siap boleh baring dan kami boleh solat berjemaah. Tingkap yang kami dapat menghadap ke jalan raya, bukan menghadap pantai atau kolam. 

Sampai-sampai sahaja, semua mandi dan anak-anak terus membuka mainan. Menjadi kebiasaan aku membawa mainan kegemaran anak-anak jika bermalam atau berjalan ke mana-mana. Ini adalah tips kawal tantrum anak dan jimat duit dari sentiasa membeli mainan anak setiap kali keluar. Ruang depan sofa dan tv yang luas, selesa untuk anak-anak bermain. Anak-anak juga tidur diruangan tersebut. Bantal disediakan banyaklah pada aku, 4 biji, selalu 2 biji sahaja disediakan. 

Pemandangan dari tingkap bilik studio suite kami. Dari jauh kakak humaira nampak ada masjid. Aku juga suruh mereka tengok adakah kereta pejabat Mr.Y dah sampai atau belum apabila dah sampai waktu balik kerja kerana anak-anak asyik tanya bila abi nak sampai, mereka tak sabar nak mandi kolam. 

Ruang dalam bilik yang selesa dan luas. Oleh kerana bilik tidur adalah berasingan maka senang aku gosok baju kerja Mr.Y dalam bilik dengan kunci pintunya. Keselamatan anak-anak terjamin terutama uzayr yang dalam fasa meneroka semua benda. Iron board dan seterika disediakan, selain itu pengering rambut turut disediakan.

Ini adalah waktu sarapan pagi, jangan risau kedai-kedai jual sarapan pagi ada seberang jalan sahaja. Mr.Y beli sarapan dari kedai yang berbeza untuk hari selasa dan rabu. Hari isnin kami sarapan spaghetti carbonara sejuk beku (frozen). Senang sebab swiss garden resort residence menyediakan crowave, cerek elektrik dan peti ais. 

Family Suite

Selasa, 28 julai 2020 sekitar jam 2 petang kami berpindah bilik ke family suite. Baiknya staff mereka bagi bilik yang dekat dengan bilik studio suite kami. Dah ler, bagi masa kami nak pindah pukul berapa, aku bagitahu selepas laki aku balik kerja tengah hari. Kalau ikutkan pukul 12 kami dah kena pindah sebab ye lah mereka nak kemas bilik untuk next guest kan. Bilik yang kami dapat kali ini lagi best, menghadap kolam dan laut. Masuk saja anak-anak terus nampak kolam, Uzayr terus minta bukakan baju dan pampers. Saat ini semua dah tak tenang duduk, tapi mereka kena bersabar sebab abi nak pergi cari bengkel kereta dahulu. Akhirnya dalam jam 5lebih mereka dapat mandi kolam setelah selesai abi baiki kereta.

Kolam kanak-kanaknya besar....gembira bukan main mereka.

Kerja mereka tengok dah ada orang belum dekat kolam, uzayr dah buka baju. Masalah juga bila bilik menghadap kolam ini...Apa pun view dia memang cantik.

Ruang dapur memang cantik, untuk family suite siap disediakan sudu, garfu, pinggan mangkuk. Selain yang tertera. Arissto itu kami bawa mesin dia sekali, Senang mersin ringan dan mudah untuk nikmati kopi hipster mengadap laut, bukan pengalaman yang selalu dapatkan. 


Family suite ada 2 bilik di mana bilik pertama ada tandas di dalam dan 2 katil single, manakala bilik ke dua ada 1 katil queen. Meja makan pun lagi besar, iaitu meja 6 kerusi. 


Bawah aku share sedikit video kami disana....



Kenapa pilih Swiss Garden Resort Residence?
  • Jarak antara pejabat kimia kuantan dan residence sekitar 10minit sahaja.
  • Fasiliti yang disediakan family friendly
  • Kedai makan sarapan, tengah hari dan makan malam yang dekat, boleh jalan kaki sahaja.
  • Kedai serbaneka pun ada beberapa yang dekat, jalan kaki juga.
  • Dekat dengan pantai, keluar pagar sahaja.
Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.



Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik