Ahad, Ogos 30, 2020

Borak petang: Duduk rumah, duit tak masuk?

Assalamualaikum dan salam subuh. Sebenarnya terlintas nak tulis pasal isu ini apabila berlaku dialog lebih kurang begini antara kami anak beranak.

Wan: abi hana keluar kerja ke?
Hana: kena keluar kerja baru duit masuk.
Nenek: keluar kerja baru ada duit, duduk rumah duit tak masuk.
Aku (tetiba datang menyampuk): apa dia mak?
Nenek: kita duduk rumah tak ada duit masuk.
Aku: eh! orang duduk rumah duit masuk je..
Nenek: laki ada duit boleh lah bagi.
Aku: tak lah mak,maksud orang bukan duit laki bagi, tapi sendiri kita buat.
Nenek: Ada orang order lagi ke barang ko buat, jarang dah nampak ko buat kerja dekat komputer.
Aku: kadang-kadang nak buat duit dari rumah bukan tunggu ada barang untuk dijual pun. Kita buat pelaburan, kita sediakan tempat untuk orang iklankan barang orang atau promote barang orang lain jual.
Nenek: dulu ada barang, orang beli baru duit masuk. Tapi bila sibuk jual barang dari rumah, kerja rumah banyak tak siap.
Aku: kerja rumah ni bila nya nak abis, kita basuh baju hari ini, esok dah bertimbun balik baju kotor, masak kena buat hari-hari, mainan dorg ni, kita kemas dia sepah..kemas sepah balik.

Daripada perbualan di atas, apa yang aku dapat simpulkan adalah, pertama masih ada segelintir ahli masyarakat menganggap bahawa surirumah hanya mengharap wang dari suami. Ada duit suami bagi, ada lah nak buat belanja, banyak laki bagi, banyak boleh belanja. Apabila ini berlaku, maka mereka akan dipandang rendah terutama jika suami tak berapa nak kaya. Sebenarnya ramai saja surirumah yang ada pendapatan sendiri sekarang. Kadang-kadang pendapatan mereka melebih pendapatan sewaktu mereka bekerja makan gaji. Kebanyakkan mereka akan persoalkan kenapa tak bekerja, terutama bagi yang berpelajaran tinggi tapi memilih untuk duduk rumah dan mengharap wang suami semata. Percayalah bukan senang untuk seorang yang menghabiskan masa bertahun-tahun belajar tinggi-tinggi untuk memilih menjadi surirumah sepenuh masa. Lagi sukar, jika mereka pernah bekerja dan merasa ada wang sendiri. Tetapi mereka semua ada sebab yang tersendiri. Jangan dipandang rendah kerana pilihan mereka buat bukan semua orang dapat buat. Dalam fikiran mereka, bagaimana nak jana pendapatan sambil menjaga ahli keluarga yang lain kerana ada yang memilih menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga orang tua, untuk menjaga anak-anak, untuk mengurangkan beban kewangan dan ada juga yang telah penat menjalani kehidupan hubungan jarak jauh, terutama yang telah memiliki anak. Aku kenal beberapa mereka yang belajar tinggi, yang berpangkat tetapi akhirnya memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, tetapi mereka tidak mengharap wang suami semata, ada yang jadi penerjemah, yang mengarang buku, yang berblog pun ramai. maka kita perlu ubah pandangan masyarakat bahawa surirumah hanya mengharap wang suami.

Kedua, banyak cara surirumah boleh jana pendapatan tanpa perlu mengambil masa yang lama dan hanya dari rumah. Antaranya pelaburan saham, affiliate, dropshipper dan ghostwriter. Aku ceritakan bagaimana aku jana wang tanpa perlu mengambil masa lama dan wang modal yang besar disini. Mungkin ada yang berminat.

Ketiga, kerja rumah tak akan pernah habis. Aku rasa bakul baju dah kering dan bakul baju kotor tak pernah kosong melebihi setengah hari. Ada je yang baru masuk. Belum bab makan minum dan kemas rumah. Jadual harian seorang ibu itu tak pernah habis, akan ada saja hal yang perlu dia buat. Jika anda keluar bekerja lagi berganda kerja anda. Cuma apabila kita hanya duduk dirumah, mereka akan kata buat apa je kat rumah, bukan kerja pun. hahahaha...nasib bukan Mr.Y yang kata...



Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik