Ahad, Ogos 30, 2020

Surirumah jana wang hanya dari rumah...

Post aku kali ini nak kongsi bagaimana aku buat wang hanya dari rumah. Mungkin ada yang masih mencari kaedah atau jenis yang mana sesuai dengan mereka. 

Pelaburan saham... jika anda tidak tahu bagaimana nak main saham, anda boleh sertai wahed invest. wahid invest adalah platform yang membuat pelaburan bagi kita tanpa kita perlu pandai untuk mengkaji turun naik pasaran saham. Anda juga boleh baca post aku dekat sini Aku & Wahed Invest ( Bahagian 10 - Aku sesuai Saham yang mana?) berkaitan pemilihan jenis pelaburan saham bagaimana anda sesuai. 

Referral program dari wahed invest, selain dapat duit dari pelaburan, kita boleh dapat apabila kongsi kod jemputan


Affiliate
...cari mana-mana program affiliate yang mana kita perlu mempromosi perniagaan atau produk orang lain melalui link dan banner yang diberikan. Aku mula dengan affiliate tak berbayar, seperti Photobook malaysia, Princious dan sekarang aku buat affiliate jual e-buku belajar tentang saham. Niat asal beli buku sebab nak belajar tentang saham, sekali dia ada sediakan program affiliate dimana setiap kali ada pembelian menggunakan link kita, kita akan dapat komisen. Ilmu dapat, duit pun dapat.



Dropshipper...anda menjual produk orang lain tanpa perlu memikirkan masalah penghantaran dan pembungkusan. Sesetengah program dropship menyediakan satu sistem yang sangat mudah untuk digunakan. Mereka juga adakala menyediakan ayat-ayat dan gambar-gambar untuk anda buat promosi.  Selalunya dropshipper program mengenakan sedikit bayaran. Setakat ini aku hanya pernah join Heartbeat Dropshipper (sekarang dikenali sebagai printcious) dengan modal permulaan lebih kurang RM300, arissto dengan modal tak sampai RM50 dan sekarang merancang untuk sertai dropshipper asmak herbal oil. 

Apa yang anda perlu buat untuk promosi bagi kedua-dua program affiliate dan dropship adalah menggunakan kaedah schedule post di media sosial. Ada beberapa aplikasi yang kita boleh guna untuk buat post di media sosial secara banyak-banyak dan berjadual. Ini menjimatkan masa anda untuk meletak post iklan setiap kali waktu puncak tiba. Selalu waktu puncak surirumah sangat sibuk, nak masak makanan tengah hari, ambil anak sekolah dan bantu mereka buat kerja sekolah.

Review produk, perkhidmatan atau tempat...ini memerlukan anda ada follower yang ramai di media sosial atau website sendiri. Kalau ada dua-dua lagi bagus. Sesetengah tugasan mereka akan kirimkan barang untuk kita cuba dan buat ulasan, manakala ada yang memberi artikel dan kita perlu olah ikut kesesuaian kita. Aku suka kalau yang minat buat tugasan review tempat makan, sebab dapat makan percuma atau diskaun istimewa. Apabila kita buat review mungkin kita tak dapat wang tetapi kita akan mendapat sesuatu sebagai pulangan seperti produk atau pakej menarik. 

Bakat dan minat...aku minat design gambar, maka aku buat designer service mengedit dan design gambar, atau apa sahaja berkaitan gambar. Ini selalu memakan masa agak lama sikit. Mungkin juga memakan duit modal besar jika minat anda dalam kategori mahal. Ada yang minat berkebun, ada yang minat memasak. Sebenarnya buat sesuatu dengan minat akan lebih mudah untuk menarik pembeli terutama pembeli atas talian kerana kita tidak kekok untuk bercerita tanpa perlu bersemuka. 

Daripada 5 cara diatas, aku rasa paling seronok adalah jana wang melalui minat dan bakat. Kalau anda perasan, sepanjang aku buat duit dari rumah, aku tak pernah jadi stokis. Sebab apa tak pernah? Sebab buat masa sekarang aku rasa tak sesuai untuk aku simpan produk dengan anak kecil yang lasak. Tapi jangan jadikan alasan aku sebagai alasan korang kerana kita punya sebab dan big why yang berbeza. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat...


Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila komen yang baik-baik