Sabtu, Jun 19, 2021

Bonus Wahed Masa PKP

 



Bila kelas Pdpr sudah bermula maka bersilatlah mak dan anak siapkan persediaan anak anak sekolah online.


Jadi apa yang penting Kerjasama dan Persediaan.


PKP 3.0 menjadikan ramai tidak dapat bekerja dan bekerja dari rumah.


Maka persediaan mental dan fizikal perlu ada.


Oleh kerana saya bercita cita cipta duit pasif atau income pasif maka saya cuba income referral dan income affiliate (boleh ke blog sy Yamanaimy)


Bagi bonus referral masa PKP ,Wahed invest ada menyediakan Rm40 bagi setiap penyertaan perlaburan.


Jadi ambil peluang ini untuk ajak saudara mara,rakan rakan melabur serendah Rm100 di Wahed invest.


Jangan lupa pelbagaikan tempat pelaburan dan pelbagaikan sumber income.


Sekian, 


Surirumah Invest & Trade😊

RESEPI BUBUR SUMSUN

Gambar ihsan google
BAHAN

  1. 1 cawan tepung beras
  2. 3 cawan santan (kalau guna santan kotak, tambah 2 cawan air)
  3. garam cukup rasa
  4. daun pandan
  5. setengah ketul gula melaka
CARA BUAT SUMSUM
  1. Gaul tepung beras dengan santan sampai sebati.
  2. Masukkan secubit garam dan kacau atas dapur sehingga berkilat.
  3. Nak tahu masak atau tak..letak atas piring sikit, tak melekat maksud dah masak
  4. Pindah bekas dan biar sejuk.
CARA BUAT AIR GULA
Masak gula melaka dalam secawan air bersama daun pandan sehingga larut.

 

Jumaat, Jun 18, 2021

Bila ada anak alergik seafood

 Assalamualaikum dan selamat tengah hari. (Hari ni mak masak, relaks sikit, so nak ceta kisah semalam)

Semalam kita masak udang, kalau dulu memang elakan masak seafood sebab ada anak yang alergik. Tapi sekarang dah boleh masak sebab kita standby juga Asmak Herbs.


Pernah pergi makan rumah saudara, dihidang udang dan ketam..dia bisik kat telinga.."nak sikit boleh". Sebab rasa kesian maka bg dia rasa kuah sikit dekat lidah dia. Dia terus kata lidah rasa gatal...masa tu belum kenal Asmak Herbs, maka menahan lah telinga ni dengan rungutan anak lidah gatal2..belum campur renungan abi dia. (sebab dah tahu anak tak boleh, bagi juga).

Ini lepas makan ketam dengan udang. Bagi ubat dia tidur.


Sekarang kalau makan seafood dan dia rasa gatal terus suruh makan Asmak Herbs. 

Walaupun dah standby Asmak Herbs, kami tetap jaga-jaga. Tak adalah bagi anak melantak sesuka hati. 

Orang kata makan berpada-pada...

Perasaan nya skrg happy lah, sebab kita dah boleh masak seafood dab anak lah tgk kita je makan, dia dah boleh makan sikit2.


#yamanaimy

#nakAsmakherbsbolehwasapsaya

Ahad, Jun 06, 2021

Unboxing PerySmith 1000w handheld vacuum cleaner xtreme series x10

 Assalamualaikum dan salam semua. Setiap rumah yang ada anak kecil pasti inginkan pembersih vacum. Bukan apa sebab ia mudah untuk kita bersihkan habuk-habuk makanan anak-anak. Kalau dulu aku guna vacum besar, memang seminggu sekali je lah aku vacum rumah. Beberapa minggu lepas Mr.Y beli PerySmith vacuum cleaner Xtream series X10. 

Ini lah vacuum nya..

    Aku suka vacuum PerySmith yang ini sebab dia ringan dan pakai ruang. Berikut detail product...

– Best in class 1000W BOOST motor
– 19,500PA maximum suction power, 4.8 meters insulated power cord
– 1.0kg super lightweight, Robust BUNA® durable body
– 4-Way floor brush, Unmatched suction power
– The multi-stage filtration system, 0.25 micron HEPA filter
– Smart overheat protection, One push removable dust bucket
– Power: 1000W, Voltage: 220V~240V
– Noise: 72dBA, Suction power: 19,500PA
– Dust capacity: 0.8L, Gross weight: 1.0kg
– Packaging Size: 46cm x 18cm x 25cm

Accessories Included:
– Aluminum telescopic tube
– 4-way floor brush
– Hepa Filter
– Crevice Nozzle

Jom layan video aku unboxing pulak...


Sebenarnya ini kali pertama aku buat video unboxing product. Ada yang berminat nak beli juga ke?


Ahad, Mei 30, 2021

TOTAL LOCKDOWN 1 hingga 14 Jun 2021 - My Reaction Be Like.....

 


Assalamualaikum... Kita sedia maklum sekitar jam 8 malam 28 May 2021, kita dimaklumkan bahawa TOTAL LOCKDOWN akan dilaksanakan di seluruh negara. Aku tahu berita pasal LOCKDOWN melalui astro awani sewaktu tengah bercakap dengan ayah pasal PKPD 21 mukim di Daerah Kuala Terengganu.


Orang terengganu baru dikejutkan dengan info PKPD (sebenarnya telah dijangka dengan kenaikan kes di terengganu), tetiba dapat info pasal Total Lockdown.


Tengok berita ini aku terus cakap dekat ayah, ayah pula kata letak dulu. Maka aku rekod lah bagi dekat ayah dan family lain.

Sebenarnya agak mengejut berita ini walaupun ini yang kita harapkan. Kiranya hari tersebut kita terkejut beberapa kali iaitu dengan peningkatan kes sehingga 8ribu lebih, lepas itu PKPD di kampung, Akhir sekali TOTAL LOCKDOWN.

So My Reaction Be Like....Alhamdulillah akhirnya suara kebimbangan kami didengari. Kami tahu ekonomi itu penting tapi nyawa juga penting. Maka apabila yang perlu sahaja boleh keluar, ia suatu kelegaan. Pada aku kalau tak buat macam ni, orang akan tetap keluar dan akan ada yang cuba untuk melanggar SOP.

Semoga apa yang berlaku akan ada hikmah dikemudian hari. 


Resepi Semperit Sukatan Cawan

Assalamualaikum...konon tahun ini ummu tak nak buat kuih or biskut raya. Sebenarnya biskut semperit dan tart nanas saja yang menjadi permintaan tinggi dalam rumah. Tapi oleh kerana semperit dan tart nanas yang dibeli telah habis, anak-anak request untuk buat. Mr.Y pun berbunyi juga, ayat best "Ulya tidur, awak buat lah semperit, saya unjut buai", bila Mr.Y pun cakap kesanggupan jaga anak...kita on je lah..

Hana dan Humaira tolong terap..

Sebelum di bakar.


Resepi ini ingat-ingat lupa, agar tak lupa pada tahun-tahun mendatang maka simpan sini.

RESEPI SEMPERIT

Bahan – bahan:

~1 cawan buttercup (org guna majerin daisy je...buttercup mahal)

~3/4 cawan gula aising (org guna gula costor 1/2 cawan)

~1 cawan tepung gandum

~1 cawan tepung kastard

~1 cawan tepung jagung

~1 biji kuning telur size B

~1 sudu kecil esen vanila

Cara – cara memasak:

~Kacau semua bahan dengan senduk kayu saja. Terlebih kacau nanti semperit akan kembang ketika bakar. Jadi, kacau bagi sebati je.

~Pakailah acuan yang disukai.

~Bakar 180°c selama 15-20 minit atau sehingga masak.

P/S:kalau adunan lembik, tambah tepung kastard...agak2 tak lekat kat tangan ok lah..

Beli Barang Dapur Basah di GRAB MART

Salah satu cara mengurangkan pergerakkan dalam melawan pandemik covid-19 adalah kita beli barang dapur terutama barang basah seperti daging ayam, itik, lebu, kerbau dan ikan secara atas talian. Semalam ada yang tanya macam mana kami beli barang basah online?Cara mudah saja, kami guna aplikasi yang menyediakan perkhidmatan pembelian barang dapur. Antara aplikasi tersebut adalah TESCO ONLINE, HAPPY FRESH, PANDA MART, GRAB MART dan lain-lain.

Sebelum bersalin, sekali sekala aja beli barang dapur online. Selepas bersalin kes covid makin naik, kami makin risau nak keluar tapi orang rumah tetap kena makan. Maka sejak itu, kami mula aktif membeli apa saja secara online.
Jika sebelum covid melanda, seminggu sekali bawa mak keluar beli barang dapur, sekarang selang 2-3 hari tanya "mak nak apa? nak order barang dapur ni." Awal-awal mak macam tak selesa bila kata order dalam telefon saja, lama-lama dia biasa. Kadang2 dia pula kata "nanti nak beli barang dapur belikan mak bla..bla..bla.."
Insyalah dah reda nanti kita boleh masuk pasar ye mak...abiskan 2nd dose vaksin dulu.
Salah satu apps yang boleh beli barang basah atas talian adalah GRAB MART. Apa best Grab Mart sebab dia ada pasar mix & match. Biasa pasar banyak kedai dekat dalamkan, maka disini kita boleh beli dari banyak kedai tapi menggunakan satu penghantaran. Dekat sini kita dah jimat kos penghantaran.

Pagi ini order ayam dan lain-lain sayur mayur dekat Pasar Pagi Selayang Baru.

Macam dekat area rumah kami, ada pasar pagi selayang, pasar besar TTDI dan bbrp lagi pasar sekitar rumah kami. (boleh taip pasar dekat search dan nanti akan keluar pasar berhampiran rumah anda).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

Khamis, Mei 27, 2021

Hadiah buat ayah...(Benda pertama beli menggunakan wang bonus Wahed Invest)

Assalamualaikum dan salam semua.

Berstatus sebagai surirumah bukan halangan untuk aku menghadiahkan sesuatu kepada hero kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan ayah sendiri. Aku ingat lagi masa awal-awal aku pegang status surirumah sepenuh masa kira-kira 2 tahun lepas, aku selalu ditanya "awak ada duit ke nak tontong duit hadiah ni?" Kadang-kadang mereka akan kata macam ni, "awak tak payah kuar duit, letak nama je dekat hadiah ni, kitaorg cover bahagian awak" Ayat-ayat dan soalan macam ni sebenarnya buat kita rasa kita useless dan tak mampu. Tapi aku selalu jawab ada duit,masala mereka akan tanya mana dapat duit...guna duit Mr.Y ke? Aku kata, "tak lah, guna duit hasil titik peluh sendirilah." (Maaf, bunyi macam berlagak tapi kena jelaskan walaupun status surirumah, aku masih ada pendapatan sendiri) 

Bulan april hari itu hari lahir ayah...tahun lepas aku hadiahkan ayah mini photobook. Tahun ni aku belum hadiahkan apa-apa lagi. Nak bagi photobook tak banyak gambar ambik last year...ye lah COVID-19.

Nak dijadikan kisah, beberapa hari lepas aku buka shopee dengan tiada niat apa-apa. Bila buka tak ada arah tujuan maka kita melilaulah tengok apa yang best. Tetiba nampak shocking sale air fryer. Kalau bagi hadiah air fryer dekat ayah pun ok nie (nampak tak, kita tak ada tujuan untuk berbelanja kalau ada tawaran menarik, tetiba ada tujuan untuk berbelanja). Aku pun whatsapp adik bagitahu ada shockingsale air fryer dekat shopee (memang jenis suka bincang dengan adik nak bagi hadiah apa). Adik aku terus call tanya "ayah ada bagitahu awak juga ke dia nak airfryer?" Bayangkan perasaan aku macam mana, niat nak bagi dekat ayah benda tu, sekali adik cakap ayah memang nak (ayah dah suruh adik beli sebenarnya, mujur adik belum beli). Kebetulan tengah berborak dengan adik, Mr.Y ada sama. Usai bercakap Mr.Y tak setuju dengan brand Airfryer yang tengah buat sale tu. Mr.Y kata cari yang ada brand sikit. Cari punya cari jumpa yang ada brand yang aku berkenan tapi lebih sikit harga dari yang promo tadi. Beli ke tak? Tetap beli.

Apabila selesai cari dan jumpa masuk chart...Mr.Y tanya, "awak nak guna duit mana beli hadiah air fryer ni?" Terus aku jawab, referral bonus Wahed Invest. 

Sebenarnya aku tak pernah keluarkan wang bonus hasil referral code wahed invest. Keinginan nak keluar dah wujud beberapa kali tapi selalu terbantut sebab setiap kali aku nak keluar persoalan "Kenapa aku nak keluarkan? apa aku nak beli?" sering berlegar dalam kepala aku. Akhirnya kali ini aku jumpa tujuan aku nak keluarkan wang bonus wahed invest. 

Apa aku nak cakap dekat sini adalah, kita sebagai surirumah akan bebas berbelanja demi insan yang kita sayang jika kita ada pendapatan sendiri. Kita tak akan rasa bersalah atau teragak-agak untuk minta atau guna wang suami. Pada aku bukan tanggungjawab si suami memenuhi keinginan siisteri. Tanggungjawab suami adalah memenuhi keperluan isteri dan anak-anak, jika ada keinginan isteri yang dipenuhi anggaplah sebagai bonus. Memberi hadiah adalah keinginan bukan keperluan ye, maksudnya tak wajib pun. Tapi jika kita dapat beri hadiah sebagai tanda kasih sayang itu adalah lebih baik, terutama kalau guna duit titik peluh sendiri.

Ini lah yg dihadiahkan

Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

Selasa, Mei 25, 2021

Bonus Referral RM40 Wahed Invest Kembali....masa untuk kembali beraksi..

Assalamualaikum dan salam semua. Jumaat lepas bawa baby Ulya check up 2 bulan dekat klinik. Sambil tunggu nombor naik kita check e-mail yang dapat. Dapat email kat atas...wow teruja sangat rasa. Ye lah bonus referral ini wahed bagi masa awal-awal dulu. Aku sempat beberapa referal je yang dapat bonus RM40.

Maka aku berangan dengan cuba membayangkan satu referal dapat RM40, kalau dapat 10 orang saja dah RM400. Berangan tak lama sebab nombor baby ulya naik.

Malam tanya Mr.Y sama ada dia tahu tak tentang tawaran yang dibuat oleh Wahed, dia kata tahu tapi tak detail...aku pun share lah email dekat dia. Point utama wahed nak bagi duit raya tapi limited kepada 10000 orang referral terawal sahaja.

Kata Mr.Y, awak dah lama tak share info pasal wahed, ini lah masanya. ada rezeki alhamdulillah. 

Maka kat sini aku nak shere..

Kalau kita makan kedai laksa sedap mesti kita bagitau rakan rakan kedai mana yang sedap.

Jadi ini kami nak ajak labur secara sihat dan patuh shariah.

Sejenis robo advisor patuh syariah.

Wahed Invest
Nak dapat Rm10 masuk Referral =

NORBIN136




Bila dah lulus cepat cepat share kod referral kurang untuk dapat bonus Rm40 setiap referral berjaya.

Promosi ini baru bermula 21 May 2021 dan terhad hingga 10ribu referral yang pertama.

Jadi musim COVID ini sambil duduk rumah sambil sharing benda bermanfaat dan dapat rezeki halal dan barakah.

Jangan lupa masuk kod NORBIN136 selepas muat turun Wahed invest di handphone.

Sabtu, Mei 22, 2021

Bila anak bertanyakan tentang isu Palestin?

 Assalamualaikum dan salam semua. Sekarang isu hangat umat islam bahkan seluruh dunia adalah isu Palestin dan Israel. Isu ini bangkit kemuncak pada 10malam terakhir Ramadan. Sejak itu berita tak putus keluar tentang isu tersebut dan tabung bantuan juga diwujudkan bagi menghulur bantuan buat rakyat Palestin. 

Kisahnya bila aku dan Mr.Y berbual dan berbincang untuk hulur derma kepada Tabung Bantuan Palestine didengari kakak Humaira. Maka dia pun nak menderma sama menggunakan wang dia yang abi masukkan dalam akaun bank. Semoga sifat dermawan kakak kekal sehingga bila-bila. Bab derma habis disitu, yang berpanjangan adalah kenapa palestin kena serang? kenapa kita nak bantu mereka? Siapa palestin? Di mana palestin? Maka jenuh ummu abi nak menjawab, sudahnya aku kata nanti kakak cari maklumat tersebut dekat youtube atau internet ye. Tapi perasaan seorang mak, macam tak patut pulak suruh dia cari sendiri. Nanti kalau keluar info dari pro-israel macam mana..dah salah info anak aku dapat... maka cerita dekat cucah dia, cucah cadang beli buku. Alhamdulillah buku dah jumpa dan dah masuk list, Mr.Y pun suruh baca buku. Itu lebih selamat sebab kita yang pilih dan tentukan.


Hari ini anak-anak tidur lagi aku buat blog walking dan terjumpa satu FB post yang bagus untuk menjawab persoalan kakak, FB post ini di share dalam blog Bicara Mummy. Berikut aku sharekan post tersebut...

Apabila anak kita bertanya, _"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"_
Apa jawapan kita?
Ceritakan kepada anak kita:
"Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.
Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN.
Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.
Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.
Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).
Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.
Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.
Di PALESTIN, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.
Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.
1. Anak kita bertanya: _“Bagaimana dengan Nabi ﷺ dan hubungannya dengan PALESTIN?
Jawab: _“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan beliau sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat beliau solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).
Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, beliau pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama beliau berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan beliau menjadi imam solat para Nabi."
Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Beliau menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Beliau menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Beliau menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian beliau bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”
"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.
Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.
Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."
2. Anak kita bertanya lagi: “Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”
Jawab: “Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa. Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”
3. Anak kita berkata: "Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”
Jawab: “Ya, anakku. Allah ﷻ mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.”(At-Tin: 1-3)
Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."
Allah ﷻ berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”_ (Al-Anbiya’: 105)
4. Anak kita berkata: “Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”
Jawab: “Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”
Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.🤲🤲🤲


Jumaat, Mei 21, 2021

'Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

 



Assalamualaikum dan salam semua..hari ini kita terima jemputan abam kie untuk join giveaway.

HAPPY BIRTHDAY ABAM KIE....SEMOGA MURAH REZEKI DAN SIHAT SELALU

Isnin, Mei 17, 2021

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga


 

Bila SABASUN dibuka di Kampong Baru, maka....


 Assalamualaikum dan salam semua. Jika anda adalah rakyat terengganu atau pernah menetap di terengganu, maka bukan suatu yang asing bila kata nak membeli di SABASUN. Aku sendiri bila dengar khabar-khabar angin yang Sabasun nak buka dekat Kg. Baru teruja semacam. 


Apa yang bestnya sabasun pada aku, dia ada produk orang-orang kampung, produk-produk keluaran muslim dan yang best lagi harga dia murah. Aku borak-borak lah dengan Mr.Y kenapa Dato' Ahmad Zaki bagi Sabasun buka dekat bangunan legasi itu, bukan Giant, Aeon, Tesco atau mydin ke. Jawapan Mr.Y sebab Kg.Baru adalah kawasan melayu dan diwartakan (dalam apa ntah aku pun lupa) bahawa orang selain bangsa melayu tidak boleh berniaga disini. Aku tanya lagi banyak je peniaga melayu yang lain, apasal pilih sabasun? Jawapan dia lagi Sebeb Dato'  Ahmad Zaki, orang terengganu dan Sabasun dari terengganu, milik orang terengganu. hahaha....reason yang Mr.Y bagi saja nak kenakan aku je... Sebab sebenar anda boleh baca kisah kejayaan Sabasun. Dengan tredmart HyperRuncit....bukan HyperMarket ye...

Itu saja kisah Sabasun dan aku...

Isnin, Mei 03, 2021

Kenapa pilih nama Ulya Hye Binti Mohd Yaman

 Assalamualaikum semua. Hari ini habislah tempoh berpantang anak ke-5. Alhamdulillah.

Antara isu yang sering dipermainkan oleh saudara mara, adik beradik dan siapa saja apabila ada insan kecil yang baru adalah isu nama. Banyak peristiwa yang berlaku untuk kandungan ke-5 yang menyebabkan kami memilih nama yang agak lain dari nama-nama sebelum ini.



Situasi 1: Bayi telah meninggal dalam kandungan.

Hari itu seperti biasa aku pergi klinik kesihatan kuala lumpur untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Tak silap aku, check up minggu ke 24 rasanya. Masa aku buat pendaftaran maka nurse B (kita letak nama senang) cakap, "Puan nanti jumpa doktor ye...hari ini ada bla..bla...la..." aku pun tanya lah kenapa nak kena jumpa doktor, dia jawab doktor nak scan. Sampai giliran masuk bilik pemeriksaan nurse A (kita letak nama nurse ni A) yang tanya aku, "kenapa doktor nak jumpa puan ye...tengok rekod tak ada masalah pun." Aku pun jawab ntah lah nurse....saya pun tak tahu kenapa. Tetiba nurse B masuk, maka berlaku perbualan seperti berikut:

Nurse B: Puan xxx xxxx kan? baby ada lagi tak?
(Aku dengan nurse yang buat pemeriksaan pun pelik lah)
Aku: ada...
Nurse B: nanti jumpa doktor scan dulu..lepas itu kita injection ye.
Nurse A: injection apa?
Nurse B: baby puan ni kan dah meninggal dalam perut. Semalam doktor pakar call puan kan?
Nurse A: hish...baby dia ada jantung lagi lh...aku baru je check ni...
Nurse B: ye ke...macam mana ni....betulkan nama pun xxx xxxx
Nurse A: xxx xxxx binti apa?
Nurse B: xxx xxxx binti mohamad
Nurse A: puan ni nama xxx xxxx binti mohd xxxx.....salah patient lah ko nii...
Nurse B: laaaaa....ye ke... sory puan..

Bayangkan kerana silap nama bapa aku boleh kehilangan kandungan yang masih sihat hanya kerana nama yang sama. 

Situasi 2: Nama hampir sama hanya kurang satu huruf.

Kisahnya nurse nak jumpa aku untuk ambil darah tapi panggil nor ain..memang tak lah aku pergi sehingga aku pelik bila dia sebut nama bapa...seingat aku yang nama nor ain dekat kaunter tadi binti lain. Maka aku beranikan diri pergi tanya, nurse nak jumpa nor ain ke nor aini? Maka nurse tengok balik buku,  baru perasan dia salah laung nama..dekat setengah jam gak lah dia melaung....hahahaha..kesian nurse mesti sakit tekak dan sakit hati masa duk melaung tu...

Situasi 3: Nama sama lebih dari seorang.

Ini berlaku sewaktu sistem nombor dekat KKKL ada masalah, maka nurse kena panggil nama. Apabila di laung nama Nor Aini..tetiba ada 4 individu yang tampil depan nurse. Nurse tanya kenapa, masing masing jawab serentak "Panggilkan". Nurse kata saya panggil Nor Aini, semua jawab saya..nurse pun sebut Nor Aini binti xxxx... akhirnya 3 daripada 4 individu kembali ke kerusi. Salah seorang adalah aku yang kembali ke kerusi.

Situasi 4: Hampir kena bedah

Ini betul-betul berlaku saat hampir bersalin. Seperti biasa selepas daftar untuk bersalin, doktor akan scan untuk tengok keadaan kandungan. Tetiba tengah duk layan contraction doktor cakap, "eh! awak kena operate esok ni. Macam mana boleh tetiba nak bersalin hari ini? Apa reason awak perlu operate ye?" Mau tak terkejut, "eh! saya tak operate lah." Nasib dia buka buku pink dan refer kepada data dalam komputer.. Nama sama tapi binti lain rupanya.

Kalau doktor operate juga sebab nama sama tanpa semak buku pink,aku tak dapat bayangkan betapa remuknya hati ini.

Bila ada orang pertikai nama anak orang, ingatlah ibu bapa mereka beri nama dengan nama yang baik dan atas kisah kejadian sepanjang anak itu dikandungkan hingga dilahirkan.

Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ahmad)

Begitulah kisah bagaimana aku dan Mr.Y tentukan nama Ulya Hye Binti Mohd Yaman

Ulya nama berasal dari Urdu yang bermaksud 'yang tinggi'. Manakala Hye berasal dari Korea Selatan yang bermaksud 'anggun dan bijaksana'. Semoga anakanda Ulya menjadi anak yang solehah dan muslimah berjaya dunia akhirat.

Jumaat, April 30, 2021

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM


 Assalamualaikum dan salam semua...

Agak lama tak join giveaway. Kali ini kita join giveaway oleh blog www.shfyqhazhr.com. Soalan yang perlu jawab...

Apa impian raya korang untuk tahun ni?

Impian raya aku tahun ini adalah nak bertemu adik beradik yang ada sekitar KL dan selangor. Impian nak balik raya di kampung nampaknya memang dah berkubur...maka kita set impian baru lah, sekurang-kurang dapat jumpa adik beradik. 


Selasa, April 27, 2021

PDPR selepas raya....sudah ku jangka...

 Assalamualaikum dan salam semua. Al-kisah malam tadi keluar berita bahawa PDPR akan dilaksanakan selepas cuti hari raya aidilfitri. Sebenarnya aku dah jangka akan berlaku kembali PDPR memandangkan kes covid ini makin menaik akhir-akhir ini. 

Bersediakah kita untuk PDPR kembali? Sedia atau tidak tetap kita kena hadap. Inilah perjuangan. Kat bawah aku kongsikan jadual persekolahan anak-anak.


Dalam keadaan sekarang aku rasa lagi selamat anak-anak belajar dirumah. Tapi aku seperti mak bapak lain akan mula merasa tekanannya. Hakikat aku bertanya kembali kepada diri sendiri...bukan ke tanggungjawab mendidik anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapanya. Maka disini lah perlu kerjasama yang baik antara ibubapa dan guru.



Rabu, April 21, 2021

Kekadang Allah nak tegur kita dari perbuatan orang lain

 Faham atau tak statement ini.... 



Assalamualaikum dan salam ramadan ke-8 semua. Sebenarnya aku dah lama nak buat entry ini tapi tak terbuat. Ini adalah statement dari Mr.Y.

Adakala kita tak sedar kita sedang melakukan kesalahan, kita rasa kita betul sahaja sehingga ada insan lain yang melakukan kesalahan tersebut. Terutama jika kesalahan tersebut dilakukan kepada insan yang kita sayang atau ambil berat. 

Kerana itu jika ada orang buat salah dekat kita, kita kena kembali kepada diri kita semula. Kenapa hal tersebut dilakukan kepada kita. Adakah kita juga melakukan hal sama kepada orang lain atau kesalahan lain kepada insan lain.

Yang pasti yang salah tetap kena mengaku dan bertaubat.

Selasa, Februari 16, 2021

Ajar anak untuk ingat orang belakang


Assalamualaikum. Perlu ke kita ajar anak untuk ingat orang belakang terutama bab makanan?

Pada aku perlu, banyak manfaat kalau kita ajar benda ni kepada anak-anak terutama dari segi kasih sayang dan sifat prihatin dalam jiwa mereka. Selain aku nak mereka merasa cukup dengan apa yang ada. 

Sebenarnya aku tak adalah ajar mereka betul-betul tentang benda ini tapi ia berlaku secara tidak langsung. Mungkin kisah hidup dan cara aku dibesarkan membuat aku terbiasa mengingati orang belakang terutama ketua keluarga.

Aku ada 7 orang adik beradik, ayah pula kerja sendiri. Pendapatan keluarga dibantu ibu yang turut buat kerja sambil jaga anak. Aku selalu perhatikan mak aku akan simpan lauk untuk ayah balik kerja dan makan malam. Kadang-kadang bila makan udang kami akan diingatkan untuk ambil tak lebih 2 ekor seorang, ikan setengah ekor seorang. Buat ayam percik hujung minggu kena tunggu semua ada untuk makan sekali, sebab ayam percik bakar besar-besar.  

Apabila dah kawin dan ada anak, secara tak sengaja aku juga buat benda tu Simpan lauk tengah hari untuk makan malam. Satu yang aku perhatikan bila buat macam ni, anak-anak tak adalah melantak habis makanan atas meja jika kami menziarahi saudara mara atau rakan taulan. Kita kena faham kadang-kadang tuan rumah hidangkan semua makanan kat dapur untuk tetamu sebab mereka ada itu je. Kadang-kadang anak mereka pun belum makan, ada yang mungkin hanya telan air liur dengan harapan ada sisa untuk mereka rasa juga juadah tersebut. 

Itu sahaja perkongsian dan bebelan pagi ini. idea menulis dah lari dengan anak-anak duk tanya apa kerja sekolah mereka hari ini.....

Isnin, Februari 01, 2021

Guna duit hasil kongsi link affiliate bayar kelas online saham....

Assalamualaikum dan salam, beberapa hari lepas aku join kelas under Srikandi Saham. Bila anda adalah surirumah maka akan wujud persoalan dari orang sekeliling dari mana aku dapat duit nak bayar kelas online? Murah sangat ke yuran kelas saham sampai aku boleh bayar sendiri. Tapi andaian kepada persoalan mereka adalah ini mesti laki dia bayarkan

Buang lah anggapan bahawa surirumah zaman kini hanya harap wang suami semata. Surirumah zaman kini ramai yang ada pendapatan sendiri. Apabila aku dapat soalan tersebut aku jawab jujur.

Aku tak tahu nilai yuran kelas aku join berapa ratus kena bayar, sebab laki aku yang daftarkan. Dia tahu wife dia suka nombor dan duit walaupun wife dia hanya pandai beli makanan. 

Tapi aku tahu aku tak guna duit laki aku sebab laki aku bagitahu dia bayar guna duit aku. Laki aku beli e-book trade what you see, apabila beli e-book tersebut akan dapat link affiliate. Maka apabila aku baca e-book tersebut aku share link dekat mana-mana platform yang aku bercerita, salah satu dekat blog ini lah. Apabila ada pembelian e-book kita dapat trace dari mana orang tu beli e-book menggunakan link tersebut. Oleh kerana komisen masuk akaun laki aku...maka laki aku daftarkan aku ke kelas saham tanpa menggunakan wang dia. 

Aku marah ke laki aku buat tanpa tanya persetujuan aku? Tak lah, dia bagi peluang untuk bini dia upgrade diri. Berikut adalah link e-book nya..

https://serikandisaham.onpay.my/order/form/ebookserikandisaham/302
https://serikandisaham.onpay.my/order/form/ebookTWYSprequel/302

Upadate: Maaf, e-book srikandi saham sudah tidak dijual lagi.

Antara orang kaya dengan ahli politik aku pilih jadi orang kaya....

 


Andai aku diberi pilihan sama ada menjadi orang kaya atau ahli politik, maka aku pilih menjadi orang kaya. Sebab orang kaya boleh jadi ahli politik tapi ahli politik belum tentu kaya. Bukan senang nak jadi ahli politik kaya yang jujur dan kaya. Selalu ahli politik kaya tak jujur (tak percaya tengok cerita-cerita hindustan). 

Hakikat jadi orang kaya atau ahli politik, masing-masing ada tanggung jawab.


Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan


 Jom sertai segmen ini...senang saja cara nya...klik banner nak join...

Rabu, Januari 27, 2021

Roti bakar telur oleh kakak humaira

Hujung minggu lepas macam biasa ummu abi keluar pergi beli barang dapur. Tinggallah kakak dengan adik-adik bersama nenek dirumah.

Sebelum keluar ummu dah siapkan menu sarapan bawah tudung saji, tapi waktu beli barang kakak whatsapp bagitahu adik-adik nak roti telur. Bila hasil yang dia dapat tak sama dengan yang diharapkan maka kecewalah dia. 



Apabila sampai rumah, adik-adik kata roti telur kakak buat sedap, macam nak lagi. Nampaknya mereka hargai sangat usaha kakak.

Macam itu lah kehidupan kakak, kadangkala kita tak dapat hasil usaha kita sebagaimana yang kita harapkan. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Apa yang penting kita dah cuba buat yang terbaik. Mungkin kalau roti telur itu cantik seperti gambar, ia tak habis dimakan. atau mungkin telur tak masak sepenuhnya dan bila dimakan akan sakit perut.

Apa pun ummu abi bangga kakak berjaya menjaga perut adik-adik. Walaupun saat itu kakak tengah sakit gigi...

Khamis, Januari 07, 2021

Kami nak bagi Arissto Free Gift

Saya nak hadiahkan buat kawan kawan bulan ini.




Dapat rasa kopi & roti Arissto.
Rasa kopi premium tanpa gula dengan mesin Arissto.
Ada kopi O Untuk Abah.
Ada teh hijau untuk mak.
Ada koko untuk anak.
Minat nak rasa nanti wasap Mr.Y di

Selasa, Januari 05, 2021

Bagaimana nak hidup dengan satu gaji...

 


Assalamualaikum dan salam semua. Sejak pandemik melanda dunia ramai yang hilang pekerjaan. Kali ini aku nak kongsi pengalaman keluarga aku. Sebelum pindah ke Kuala Lumpur tahun 2018, aku ada pendapatan tetap setiap bulan. Apabila Mr.Y dapat pindah ke KL maka aku terpaksa melepaskan pekerjaan aku di sibu. Apabila melepaskan pekerjaan maka akan terlepas lah gaji juga. Hilang satu sumber pendapatan.

Persoalan yang pertama ditanya apabila kata aku balik KL dah tak kerja adalah "cukup ke belanja laki seorang sahaja yang kerja?" Masa itu aku hanya menjawab Insya Allah cukup. Bila aku tanya persoalan tersebut kepada Mr.Y, dengan yakin dia jawab... cukup sebab selama 8tahun kita kat sini kita hidup dibawah kemampuan. Dulu aku tak ambil berat sangat pasal pengurusan kewangan keluarga, semua Mr.Y yang kira dan atur. Aku mula ambil berat pasal pengurusan kewangan keluarga apabila Mr.Y daftar masuk Urus insan dibawah En.Zaidi. Terima kasih sangat sebab Tuan Zaidi menggalakkan untuk suami isteri duduk bersama berbincang pasal kewangan. 

Kembali kepada cerita tajuk...bagaimana nak hidup dengan satu gaji. Semasa kami masih menerima 2 gaji setiap bulan, kami tetap berbelanja dengan nilai 1 gaji. pada permulaan wang gaji aku hanya tersentuh ketika musim perayaan. Itu pun sedikit. Apabila kami telah ada matlamat wang gaji aku langsung tak disentuh..semua masuk kepada simpanan.

Daripada pendapatan 1 gaji Mr.Y itu lah kami buat simpanan paksa, bayar bil, bayar hutang, bagi mak ayah, belanja dapur, bayar insurans dan lain-lain keperluan. Simpanan paksa itu pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu simpanan untuk persekolahan, perayaan dan percutian. Maka apabila tiba musim-musim tersebut kami tak perlu risau mana nak dapat wang untuk tampung segala perbelanjaan. Berikut adalah apa kami lakukan untuk hidup bawah kemampuan:

Rancang dan Bandingkan -  aku tak wajibkan untuk Mr.Y membeli barang berjenama, asal ia adalah sama fungsinya dan halal maka aku pakai. Seperti serbuk koko jenama milo lagi mahal dari jenama Apache. Maka kami akan pakai apache, susu F&N lagi mahal dari Gold coin, pilih Gold Coin, Bawang merah tengah naik harga maka tukar kepada bawang holand. Memang dari segi rasa masakan ia akan sedikit berubah tetapi aku guna konsep anak-anak akan makan apa yang kita hidang...jangan ajar anak-anak pilih apa yang dia nak makan. Sebenarnya pembelian barang dapur banyak jimat bila kita beli apa yang sesuai dengan bajet dapur kita. 

Minimunkan perbelanjaan telco dan utliti. Kami pasang internet dirumah bagi penggunaan android tv dan telefon. Maka aku hanya topup telefon RM10 sebulan dan tidak melanggang Astro bulan-bulan. Jika ada barang eletrik rosak maka kami akan beli baru yang ada tagging energy saving. 

Tidak tambah hutang jahat. Hutang jahat adalah hutang yang dibuat bukan kerana keperlun dan tidak memberi keuntungan. Walaupun kereta keluarga kami telah habis dibayar tetapi kami tak tukar kereta yang lebih besar sebab ia bukan keperluan. Ia adalah kehendak dengan alasan anak dah ramai. Kenapa nak buat hutang baru jika kenderaan yang sedia ada masih elok dan masih muat untuk kami semua naik. Hati kena kental nak jawab persoalan orang sekeliling pasal kenapa masih pakai kereta sama.

Rasanya itu sahaja dulu apa yang dapat aku kongsikan...

Isnin, Januari 04, 2021

List barang sekolah anak....Kembali ke sekolah...

Assalamualaikum dan salam semua. Beberapa hari lepas PM ada cakap yang sekolah tetap akan dibuka pada 20 Januari 2021. Aku dah buat senarai keperluan sekolah anak-anak sejak pertengahan bulan 12 lagi, sebab nak buat bajet berapa kena keluarkan untuk sesi persekolahan 2021.

Walaupun dah buat list tapi aku masih dalam keraguan samaada nak beli atau tidak sebab aku tak yakin sekolah akan tetap dibuka seperti biasa pada 20 Januari 2021. Bagaimana aku nak yakin sekolah dibuka seperti biasa sebab kes harian covid masih tinggi dan taburan kes juga merata. Apa yang terbayang dalam fikiran aku, anak-anak akan memulakan sesi persekolah secara online lagi.

Bila pembelajaran secara online, ia adalah cabaran bukan kepada ibubapa sahaja, malahan kepada guru. Bila pembelajaran secara online maka ada pihak yang saling menyalahkan satu sama lain. 

Kembali kepada tajuk..bilangan list barang sekolah anak tahun ini banyak kurang berbanding tahun lepas sebab banyak lagi barang tahun lepas yang masih elok. Pakaian seragam uwais dan hana memang aku tak cadang nak beli sebab dorang punya masih macam baru. Cuma masalah sekarang bagaimana aku nak hilangkan tompokan warna kuning dekat pakaian putih sekolah. Banyak juga produk yang kata mereka berkesan. Nanti kita cuba rendam klorok dulu lah. 

Walaupun banyak kurang senarai barang yang perlu beli tahun ini tapi nilai keseluruhan hampir RM1500 juga. Bila tengok nilai itu..banyak juga kan...

Anda dah buat list barang sekolah yang perlu beli ke?


Ahad, Januari 03, 2021

GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)



Assalamualaikum dan salam semua. Ini adalah kali pertama blog Naimy Art bekerjasama dengan Agen Asmak Kak Ecah menganjurkan Giveaway. Harap mendapat sambutan.

Kami akan pilih 4 orang pemenang iaitu:

Seorang pemenang utama yang akan memenangi Minyak Herba Asmak 30ml bernilai RM39

3 orang pemenang saguhati yang akan memenangi RM5 setiap seorang.


Cara nak menang giveaway ni mudah je.. WAJIB follow step2 dibawah

1. LIKE dan Follow

2.Copy entry post ini dengan tajuk "GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)" dan backlink post anda ke post ini.

3. Tinggalkan link penyertaan korang di bahagian komen post ini. Tu je.

4, Pastikan anda adalah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Senang kan.


Pastikan anda membuat semua step di atas untuk tersenarai sebagai peserta.

?Pemilihan pemenang adalah secara rawak

?Giveaway akan tamat pada 1 Febuari 2021

?Pemenang akan diumunkan dalam tempoh masa 2minggu selepas tamat tarikh GIVEAWAY


Apa tunggu lagi? Join lah SEKARANG!!!