Rabu, Jun 08, 2022

Kisah kerusi 20tahun

Assalamualaikum dan salam semua

Ini gambar raya 2019, sebelum datangnya virus covid-19.


Al-kisahnya setiap kali menjelang perayaan kami adik beradik akan berbunyi kepada ayah untuk menukar kerusi yang kami duduk itu. Gesaan itu bertambah semejak 7tahun kebelakangan. Tapi setiap kali kami suarakan hal tersebut, ayah tidak bersetuju. 

Antara sebab utama ayah tak setuju adalah kerana kerusi tersebut merupakan kenangan manis ayah dengan cik. "Mung sedap-sedap je nok tukor. Tahu dop ayoh jalan dengan cik mung sekeda (satu kedai) ke sekeda. Cik mung pilih kusi meja ni." Awal dulu kami akan diam apabila ayah mula kata begitu. Kami faham sangat ayah sangat hargai kenangan tersebut. 

Makin lama, kerusi kayu itu mula hilang ketahanan dan tempat duduk dah patah...apabila ia patah kami suarakan lagi untuk tukar. Sekali lagi ayah menempelak "barang rosak, kita baiki. Bukan terus buang. Buat apa membazir duit beli baru. Ganti lah papan bawah dia."

Semenjak beberapa tahun kebelakang ini, kerusi tersebut mula mereput dan sentiasa kena sapu atau vacum habuknya. Maka tahun 2022, kami adik beradik berbincang dah buat keputusan, walau apa jadi tahun ini kita perlu tukar kerusi ayah. Beberapa hari menjelang hari raya, saat mengemas rumah sebagai persediaan hari raya. Kami suarakan kepada ayah secara bersemuka. Jika suarakan dalam telifon kami tak dapat menang. Ayah tanya kenapa nak tukar, kami bagi faktor keselamatan. Walau sayang macam mana, apabila melibat keselamatan anak cucu, ayah mengalah. 

Apabila ayah bagi persetujuan, terus kami empat beradik pergi cari kerusi dari satu kedai ke satu kedai. Ayah telah nyatakan bahawa dia ingin kerusi kayu. Setelah mejelajah kuala terengganu dari manir ke pulau musang, menghala ke pulau kambing, menuju pula ke batu enam dan akhir nya kembali ke beladau kolam. 



Apabila dah sampai kerusi baru...ayah sebenarnya gembira. Semoga kegembiraan ayah berpanjangan.

1 ulasan:

  1. Begitulah tabiat orang tua
    Selagi barang boleh guna, tak mau ditukarnya

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik